Penjejak Lokasi

-->
   Bagi memudahkan kita mengenalpasti jalan untuk ke sesuatu lokasi yang belum kita pasti, kita boleh menyemak dahulu laluan yang boleh kita ikuti. Fungsinya seakan sama dengan peranti elektronik yang amat popular ketika ini iaitu ‘Global Positioning System’ atau lebih glamer dengan panggilan GPS. Namun perbezaan yang paling ketara ialah alat GPS boleh kita bawa bersama-sama ketika mencari sesuatu lokasi manakala yang ini tidak boleh dibawa bersama. Hanya pelan lokasi yang dicetak/dilakar sahaja boleh dibawa.
   Penjejak lokasi yang dimaksudkan ini ialah ‘GOOGLE EARTH’ dan ‘GOOGLE MAP’.  GOOGLE EARTH ialah perisian yang perlu dimuat turun dan dipasang manakala GOOGLE MAP adalah perisian yang terus boleh terus beroperasi melalui laman web google tanpa perlu di muat turun. Google Earth mempunyai kelebihan yang lebih banyak berbanding dengan Google Map.
-->
Saya akan menerangkan cara-cara untuk menjejak lokasi menggunakan GOOGLE MAP.
Langkah 1 : Pergi ke www.google.com dan klikkan pada menu 'map' sepertimana ditunjukkan di bawah. 
Sebagai alternatif anda boleh terus taipkan alamat URL ini http://maps.google.com/

-->
Langkah 2 : Laman sesawang seperti di bawah akan dipaparkan.
 

-->
Langkah 3 : Untuk mefokuskan sesuatu kawasan (Sebagai contoh : KLCC) taipkan 'KLCC, Kuala Lumpur' di bahagian carian dan tekan ‘search map’.
 

-->
Langkah 4 : Lokasi yang dicari akan dipaparkan seperti di bawah.
 

-->
Langkah 5 : Untuk melihat dalam bentuk asal anda bolehlah memilih ‘mode satelit’ yang terdapat pada bahagian kanan atas. Bentuk muka bumi seperti ini akan dipaparkan. Begitu juga jika ingin melihat dalam bentuk ‘mode terrain’, klikkan menu 'terrain'.
 

-->
Di bawah ini ditunjukkan gambar menara KLCC dalam ‘mode satellite’ yang paling dekat boleh dicari dengan menggunakan Google Map. Cara seperti ini juga boleh boleh anda gunakan untuk melihat rumah atau pejabat anda dalam ‘mode satellite’. Apa lagi, carilah mencari rumah anda menggunakan google earth.
 

-->
Alternatif : Langkah 3 di atas menunjukkan cara anda mencari lokasi yang telah ditandakan dalam google map dan kebiasannya untuk tempat, jalan atau mercu tanda yang popular. Untuk lokasi yang tidak ditandakan dalam google map (contoh : rumah) anda bolehlah mencarinya dengan cara manual. Gunakan scrool pada ‘tetikus’ anda untuk zoomkan carian anda. Jika tiada scrool pada ‘tetikus’, gunakan ‘zoom indicator’ yang terdapat pada bahagian kiri atas sepertimana yang ditunjukkan di bawah.
 

-->
Setakat ini sahaja dahulu dapat saya berkongsi maklumat fungsi-fungsi GOOGLE MAP ini. Maklumat selanjutnya akan saya kongsikan bersama pada entri akan datang.


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: