Pemendek Alamat URL

Muka depan goo.gl

     Baru-baru ini Google melancarkan perkhidmatan memendekkan alamat URL, tak silap saya pada awal Oktober 2010. Bagi pembaca yang tidak begitu mengetahui, URL bermaksud 'Uniform Resource Locator' iaitu alamat yang kita tulis apabila ingin memasuki laman web.
     Sebagai contoh : http://ris-famili.blogspot.com/2010/08/selamat-memandu-pulang-berhari-raya.html  adalah alamat URL. Jika kita perhatikan alamat di atas terlalu panjang dan akan menggunakan ruang yang banyak apabila ingin menulis sesuatu yang menyertakan alamat tersebut. Jika menggunakan pemendek alamat URL, alamat di atas akan dipendekkan menjadi http://goo.gl/P71R (guna goo.gl) dan akan akan tetap dibawa kepada laman yang asal.
     Bagi memendekkan alamat URL anda terdapat laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti, http://goo.gl/ (terbaru), http://tinyurl.com/, http://bit.ly/, http://is.gd/, http://www.kxk.me/, http://ow.ly/, http://www.cejb.net/, http://doiop.com/ dan banyak lagi.
     Namun saya perhatikan hanya dua sahaja yang banyak digunakan iaitu 'tinyurl.com' dan 'bit.ly' dan saya percaya 'goo.gl' yang baru dilancarkan ini juga akan turut popular satu masa nanti.
Muka depan bit.ly
Muka depan tinyurl.com

     Selain dari perkhidmatan pemendek di atas, kita mungkin perasan pemendek alamat yang digunakan oleh laman sesawang popular seperti facebook, twitter dan you tube. Pemendek tersebut diberikan secara automatik apabila kita memasukkan alamat yang panjang ke dalam laman tersebut. Bagi 'facebook' URL bermula dengan http://fb.me/, bagi' twitter' URL bermula dengan http://t.co dan 'you tube' URL bermula dengan http://youtu.be.
RIS-FAMILI

Tiada ulasan: