Email Susulan Setiap Komen

Jika kita ingin mengetahui komen susulan atau soalan kita kepada sesuatu blog, itu tidak menjadi masalah besar jika blog tersebut memasang widget komen dari pihak ketiga seperti 'commenluv' atau 'disqus'. Ini kerana setiap komen susulan akan terus dihantar ke email kita kerana telah tersedia kotak untuk memasukkan alamat email bagi tujuan tersebut.
Sekadar contoh : Widget Komen oleh CommenLuv


Namun blog yang menggunakan kotak komen yang telah sedia ada dalam platform blogger juga ada ciri-ciri tersebut tetapi tidaklah terus muncul kotak untuk memasukkan email tersebut. Caranya adalah membuat komen dengan pilihan menggunakan akaun google.

Anda mestilah mempunyai email yang disediakan oleh gmail. Masukkan 'User Name' dan 'Password' dan kemudian jangan lupa 'tick'kan kotak "email ulasan susulan ke xxx@gmail.com.
Selepas itu setiap email yang dibuat oleh penulis blog tersebut atau pembaca lain akan dihantar ke email anda. Jika anda telah dapat jawapan atas komen ada, ada ada pilihan untuk menamatkan penghantaran email susulan tersebut dengan cara mengklik pada pautan 'unsubscribe' yang ada dalam email yang dihantar.

Jika ingin mencuba, anda bolehlah membuat komen diblog ini (klik 'komen disini' pada bawah entri ini) dan setiap Insya Allah komen akan dijawab dan susulan dari komen tersebut akan dihantar ke email anda.

2 ulasan:

apexxx berkata...

o0o0o..begitu...barulah sy reti bg komen..hehe

ris-famili.blogspot.com berkata...

Apexxx : Ye le tu, baru pandai komen. Kikiki....
Klau cam tu bolehla komen selalu kat sini.

Related Posts with Thumbnails