Mengeluarkan Senarai Blog Yang Diikuti / Unfollow Blog


Biasanya kita mendengar orang mengikuti sesuatu blog tapi jarang kita dengar orang mengeluarkan dari senarai selepas mengikuti sesuatu blog atau lebih dikenali 'unfollow blog'. Mungkin memang ingin terus mengikuti sesuatu blog tersebut atau tak tahu cara untuk 'unfollow blog'. Caraya mudah sahaja.

Langkah 1 : Pastikan anda telah 'sign in' ke dalam blog anda dengan cara memasukkan 'username' dan 'password'.

Langkah 2 : Pada widget 'Follower' (atau nama lain yg anda gunakan), klik pada 'opsyen' dan seterusnya 'tetapan tapak'.

Langkah 3 : Selepas itu pilih 'tapak yang telah sertai' dan seterusnya klik 'berhenti mengikut'.

Langkah 4 : Akan keluar window untuk pengesahan sama ada betul-betul hendak 'unfollow' atau tidak. Jika pasti, klik pada "Berhenti Mengikut".


Langkah 5 : Proses selesai dan anda akan dapati blog yang yang di'unfollow' telah tiada dalam senarai. Ulangi langkah 3 dan 4 untuk 'unfollow blog seterusnya'

Pandangan Aku : Panduan ini adalah semata-mata untuk perkongsian maklumat, Pada aku tak perlulah meng'unfollow' sesuatu blog yang telah kita follow kecualilah blog itu benar-benar tidak beretika atau menyentuh sensitiviti kita seperti blog yang menghina, menghasut, anti Islam dll.

Tiada ulasan: