Empire Avenue | Main Saham Secara Maya

 
Game 'Fantasy Football' melalui aplikasi Facebook dah habis jadi mencari game baru untuk aku main. Game yang aku suka main biasanya adalah game yang tak perlu berada sepanjang masa di depan komputer, hanya jika ada masa free baru buka game tu. Macam 'Fantasy Football', kalau tak buka beberapa hari / minggu / bulan pun tak pe sebab mata tetap dapat hanya tak begitu mantap je la. Dan jika sebelum ni aku buat entri khas tentang entri tersebut (klik sini), kali ni tak de la pula nak buat entri lagi tentang 'Fantasy Football' tersebut. Hanya nak kongsi tentang keputusannya je la.
Keputusan : Untuk EPL, Keputusan meningkat manakala La Liga merosot berbanding 2009.

Kembali semula pada pencarian game terbaru, aku akhirnya bertemu game sepertimana kriteria yang aku mahu. Game yang ini menarik gak, game main saham yang dikenali sebagai 'Empire Avenue'. Untuk mendaftar klik je link ini "http://www.empireavenue.com/" dan daftar. Boleh sign in melalui akaun facebook (aku guna ni, jadi tak perlu ingat banyak username/password), alamat email (pastikan password tak sama dgn password email) atau guna nama samaran (dipanggil 'ticker' dalam 'empire avenue').
Kalau guna 'Login with Facebook', hanya klik dan masukkan maklumat yg diperlukan

Bila selesai, anda akan diberikan duit maya yang dipanggil eaves sebanyak 2000 (2000e) dan saham permulaan sebanyak 10e. Lepas tu dah boleh mula melabur, cari saham yang berpotensi utk naik bagi meningkatkan nilai saham dan juga untuk mendapatkan dividen. Pendapatan anda juga akan bertambah jika korang aktif memberi komen dalam facebook dan twitter kerana ia juga diambil kira. Salah satu saham yang berpotensi adalah saham RIS (HEHEHE....). Jangan lupa melabur dalam saham ni ye sbb setakat 28 Mei lalu saham ni baru 32.62e dan berpotensi untuk naik lagi. Jadi melaburlah sebelum harganya naik.
Setakat 28 Mei lalu. Berpotensi akan naik lagi ni.

Duit maya juga akan diberikan jika anda berjaya menjemput kawan anda untuk sama bermain game ini. Sebanyak 2000e akan diberikan kepada anda dan kawan anda. Jika nak daftar bolehla klik link ini dan sama-sama menikmati 2000e ini ---> http://www.empireavenue.com/

(Nota : Guna wang maya sahaja dan jangan guna wang betul sbb yg ni hanya game sahaja)

Tiada ulasan: