ICT dalam Bajet 2014

Klik link di bawah ini untuk intipati Bajet tahun 2010 - 2013 yang ada kaitan dengan ICT.


Bajet 2014 bertemakan "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,  MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI ” dengan peruntukan RM 264.2 billion. Bajet tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan 1 pada 25 Oktober 2013 di Parlimen. Berikut beberapa intipati yang dirasakan berkaitan ICT untuk dikongsi bersama;

….Untuk meningkatkan lagi liputan internet di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat….

….Selain itu, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut yang baru akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos 850 juta ringgit….

….Di samping itu, bagi mempastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini….

….Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016….

….Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan….


 ….Memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara dengan peruntukan 168 juta ringgit....

Untuk memuat turun teks ucapan bagi Bajet 2014 ini sila klik SINI.
Related Posts with Thumbnails