Uji Kecekapan Menaip Secara Online


Kini terdapat kemudahan untuk menguji kecekapan menaip secara online. Juga boleh digunakan untuk belajar untuk mengasah bakat menaip jika telah tahu kedudukan papan kekunci. Jika dahulu kita belajar secara manual atau membeli software untuk menguji atau belajar menaip tapi sekarang telah tersedia secara online. Walaupun kelihatan 'macam' mudah tetapi sebenarnya agak sukar terutamanya yang tidak cekap menaip seperti saya. Saya perlu sekali sekala melihat papan kekunci untuk melihat huruf yang ditekan. Bagi yang telah power menaip dan tak perlu melihat huruf pada papan kekunci rasanya tak mendatangkan masalah besar bagi mereka untuk mendapat markah yang bagus. Perisian ini boleh menggunakan untuk meningkatkan / memantau tahap kelajuan menaip kerana selepas selesai satu ujian menaip akan dipaparkan statistik menaip seperti markah, kelajuan menaip, bilangan perkataan betul dan bilangan perkataan salah. Ada juga yang menjadikannya sebagai medium untuk bertanding dengan kawan-kawan bagi melihat siapa lebih bagus. Yang kalah tentunya kena belanja yang menang.
Disebabkan hanya boleh digunakan secara online, perisian ini tak boleh di download malah tidak boleh digunakan jika tiada sambungan internet.
Terdapat 40 puluh pilihan bahasa untuk dipilih antaranya Bahasa Malaysia, Indonesia, English dan Arab. Juga boleh dikongsi pencapaian tersebut dengan pengguna internet kerana disediakan kod untuk diletakkan pada halaman anda. Yang paling best tentunya software ni boleh digunakan bila-bila masa, berulang kali dan ianya adalah percuma. Juga anda tak perlu mendaftarkan diri untuk menggunakannya.
Untuk memulakannya pergi ke halaman sesawang 'speedtest' atau klik di sini.
Selepas masuk pilih bahasa yang ingin anda uji dan tekan 'restart'. Senarai bahasa disusun berdasarkan populariti penggunaan dan juga disusun mengikut abjad. Semasa saya menulis entri ini, English adalah bahasa yang paling kerap digunakan manakala Bahasa Malaysia menduduki tempat ke 11 dari 40 bahasa lain.
Mulakan lenggok jari jemari anda sebaik sahaja perkataan 'restart' ditekan.
Perkataan yang diberikan buka dalam bentuk ayat teratur kerana tujuan utama adalah untuk menguji kecekapan menaip. Perkataan yang keluar adalah secara rawak dan merupakan perkataan yang seringkali digunakan.
Selepas selesai markah anda akan dipaparkan sepertimana di atas. Jika tak berpuas hati, ulang lagi dan lagi dan lagi sampai mencapai tahap yang memuaskan.
Jika merasakan anda sudah laju dan ingin memaparkan pada laman web anda, tampal kod yang diberikan ini di laman web anda dan paparannya adalah seperti di bawah.
67 perkataan

Selamat menaip dan bertanding dengan rakan sepejabat anda.


***************************************

Tiada ulasan: