Blog - Mesra Telefon

Nak buka blog dengan pantas pada telefon bimbit? Bagi pengguna platform 'blogger', ada cara untuk menyelesaikannya. Bagi membolehkan blog mesra telefon bimbit, tetapan pada telefon blog perlu diubah supaya apabila dibuka menggunakan telefon bimbit, blog tersebut cepat dibuka. Tetapan yang di buat ini akan memaparkan bahagian-bahagian yang tertentu sahaja dan salah satunya tentunya entri dan header blog anda. Lain-lain seperti hiasan disisi blog akan disingkirkan. Lihat perbezaan sebelum dan selepas di ubah tetapan.
Sekadar contoh : blog RIS-FAMILI
Caranya adalah seperti di bawah;
Langkah 1 : 'Sign in' blog anda dan kemudian pilih 'setting'. Anda sepatutnya berada dalam format 'blogger in draft'. (Lihat panduan di akhir entri in untuk ke format tersebut)
Langkah 2 :  Pilih 'email & mobile' dan seterusnya pilih 'Yes, On mobile devices, show the mobile version of my template'. 

Langkah 3 : Untuk melihat bagaimana blog anda akan dipaparkan dalam telefon, klik "Mobile Preview' untuk melihat contoh paparan. Jika berpuas hati klik 'Save Setting'.
Langkah 4 : Apa lagi, lihatlah hasilnya pada telefon bimbit anda. (Paparan pada komputer masih blog anda yang asal, hanya pada telefon sahaja akan berubah)

Panduan untuk ke format 'blogger in draft'.

Cara direct saya tak pandai, ini cara terjumpa secara tak sengaja.
Selepas 'sign in', buka tab yang baru pada 'browser' yang sama. Kemudian pada browser baru tersebut, buka halaman "google". Taip perkataan 'blogger in draft' dan klik pada carian yang diberikan. Laman blog tersebut akan secara automatik akan berada dalam format blogger in draf. Kalau nak kekal dalam format tersebut, hanya 'tick' pada 'Make Blogger in Draft my default dashboard'. Setakat ni saya belum 'tick' pilihan tersebut kerana tak tahu kesan jika pilih begitu.

(Idea ini aku adaptasi dari blog JOMPHP untuk tujuan perkongsian idea. Kredit kepada JOMPHP, TQ)



Tiada ulasan: