URL Asal bagi URL yang diringkaskan (Cara 2)

Baca Entri Terdahulu di SINI dan SINI
Jika telah baca entri ini barulah anda perasan bahawa setiap URL boleh diringkaskan dan juga URL yang diringkaskan tersebut boleh dicari URL asal semula dengan menggunakan laman web yang diberikan tersebut. Namun secara tak sengaja, saya terjumpa cara kedua yang tak memerlukan kita ke laman web tersebut untuk mencari URL asal. Caranya amat mudah sekali tetapi hanya jika URL ringkasan tersebut menggunakan 'pemendek URL' yang disediakan oleh TinyURL.
Caranya adalah dengan meletakkan cursor pada URL (tinyurl) yang dipendekkan tersebut dan URL asal akan ditunjukkan di bahagian bawah browser. Saya telah mengujinya menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox, Intenet Explorer dan Opera.Sila lihat gambar di bawah.
Guna Google Chrome

Guna Mozilla Firefox
Guna Internet Explorer
Guna Opera

Tiada ulasan: