Facebook / Twitter : Jana pendapatan dengannya | Churpchurp / Says

Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca yang mempunyai akaun FACEBOOK atau TWITTER.
Sebelum ini mungkin ramai yang mengetahui bahawa berBLOG boleh menjana pendapatan dari blog tersebut dengan meletakkan iklan pada blog tersebut (klik sini untuk membaca). Namun kini dengan berfacebook dan/atau bertwitter pun boleh menjana pendapatan. Setakat ini saya tahu ada dua website yang menawarkan kaedah untuk mendapatkan pendapatan melalui facebook/twitter iaitu churpchurp.com dan says.my.
Dan saya telah berdaftar dengan kedua-duanya dan sekarang sedang menuai hasil dengannya.
FYI - 'Churpchurp' dimiliki oleh pemilik yang sama untuk pengiklan 'nuffnang' manakala 'Says' pula dimiliki oleh 'YouthAsia' dan sebelum ini dikenali sebagai 'YouthSays'.

Cara untuk menjana hasil dari facebook/twitter adalah mudah. Hanya pergi ke laman web 'churpchurp' dan/atau 'says' dengan mengklik gambar di bawah. Terpulanglah anda samaada nak daftar kedua-duanya atau salah satu sahaja. Bagi saya tiada tiada ruginya mendaftar kedua-duanya kerana kedua-duanya dari syarikat yang berbeza dan menawarkan kempen yang berbeza, jadi pendapatan pun berganda.
 
Klik gambar di atas untuk mendaftar 'CHURPCHURP' dan gambar di bawah untuk mendaftar 'SAYS'
Selepas berdaftar, anda bolehlah mula berkongsi kempen yang ada dalam laman web tersebut di facebook/twitter anda. Untuk kempen-kempen terbaru di masa akan datang, pemberitahuan akan diberikan melalui email supaya kita tidak terlepas peluang untuk menjana pendapatan dengan kempen terbaru dan semasa.


Kepada yang tiada facebook dan/atau twitter bolehlah daftar di sini dahulu.
Klik sini untuk daftar facebook dan sini untuk twitter.

Tiada ulasan: