Game Perkataan Sinonim | Synonymosum

Terjumpa satu laman web yang agak menarik untuk dikongsikan bersama. Laman web ni berkenaan permainan perkataan (lebih tepat - menguji kecekapan) dalam bahasa inggeris bagi mencari perkataan sinonim atau sama erti. Sebenarnya laman ini adalah laman untuk mencari perkataan yang sama maksud tetapi disebabkan ada bahagian untuk permainan atau mencuba kecekapan bermain perkataan jadi relalah saya berkongsi. Jom kita cuba bersaing. Pada masa entri ini ditulis, RIS juga tersenarai pada nombor 31, ok gak tu.
Cara nak bermain atau lebih tepat lagi menguji kecekapan adalah dengan mengunjungi laman web Synonymosum dengan mengklik pautan ini (Synonymosum)
Kemudian masukkan nama samaran, pilih jantina (tak tahu apa tujuan) dan klik 'start game'.
Apa lagi, mulakan memilih huruf yang berkenan bersesuaian untuk mendapatkan sinonim bagi klu yang diberikan. Kira macam main game 'hangman'.
Kalau dah dapat jawab, adalah markah yang diberikan. Macam tu la cara mainnya. Rasanya semua dah biasa hangman dah tahu cara nak main games ini.
Tapi ini adalah tujuan utama untuk laman web ini diwujudkan iaitu membantu kita mencari perkataan sinonim atau sama maksud. Sebagai contoh di atas - assert mempunyai banyak perkataan serupa seperti yang ditunjukkan. Jadi sambil mencari perkataan, boleh juga bermain atau menguji kecekapan. Selamat mencuba.

Tiada ulasan: