Simpanan Maya | Cloud Folder

Jika sebelum ini RIS-IT menerangkan cara untuk membuka akaun maya iaitu simpanan fail secara maya bagi Drpobox dan Google Drive. Kali ini RIS-IT ingin memaklumkan bahawa banyak lagi perkhidmatan seumpamanya disediakan. Berikut disenaraikan 5 perkhidmatan penyimpanan fail secara maya yang popular pada masa ni. Klik pada gambar untuk membuka website atau ingin mendaftar.

Google Drive - Dimiliki oleh Google dan menawarkan saiz simpanan percuma sebanyak 5GB dan dikatakan meningkat dari masa ke semasa. Pendaftaran dirangkaikan dengan akaun gmail, google plus dan lain-lain perkhidmatan oleh google.

Dropbox - Menawarkan saiz simpanan percuma sebanyak 5GB dan boleh ditingkatkan ke 16GB secara percuma jika berjaya menarik kawan-kawan mendaftar melalui akaun kita.

Skydrive - Dimiliki oleh Microsoft dan menawarkan sehingga saiz simpanan percuma sehingga 7GB dan pendaftaran menggunakan 'Windows Live ID'.

Box - Menawarkan saiz simpanan percuma sehingga 5GB dan pernah menawarkan 50GB secara percuma sebelum ini.

iCloud - Dimiliki oleh Apple dan menawarkan sehingga saiz simpanan percuma sehingga 5GB dan serasi untuk pengguna produk Apple seperti iPhone, Mac, iPad dan seumpamanya.

Buat masa sekarang, RIS-IT hanya ada 2 akaun sahaja iaitu Dropbox dan Google Drive je sebab yang ada ni pun masih belum digunakan sepenuhnya.
Simpanan maya ini membolehkan kita mengakses fail secara dalam talian jika ada perkhidmatan internet. Tak perlu susah bawa external hard disk atau handy drive. Kalau nak daftar, klik pada gambar di atas untuk ke website berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails