MENCARI 'URL ASAL' BAGI URL YANG DIRINGKASKAN

Pada entri sebelum ini, RIS-IT senaraikan laman sesawang yang berfungsi untuk memendekkan alamat URL (klik sini untuk membacanya), namun kali ini RIS-IT ingin berkongsi pula laman web untuk melihat URL asal bagi URL yang telah dipendekkan. Kebiasaannya URL yang dipendekkan ini kita lihat dalam facebook atau twitter. Sebagai contoh kita tidak mengetahui URL asal bagi URL yang telah dipendekkan sepertimana yang ditunjukkan di bawah ini. Dengan mengikuti langkah yang diberikan ini, URL asal akan dapat dikenalpasti.
Kalau korang nak kepastian, korang bolehlah klikkan URL yang disenaraikan di atas dan pada masa yang sama korang lakukan langkah demi langkah sepertimana yang ditunjukkan di bawah. Didapati URL yang korang buka adalah URL yang sama.
Berikut adalah caranya.

Langkah 1 : Buka laman sesawang "untiny"
Langkah 2 : Masukkan URL yang dipendekkan yang ingin diketahui URL asalnya. Sebagai contoh : http://goo.gl/w8kM
Langkah 3 : Klik "Extract" dan URL asal akan ditunjukkan di bawahnya. Lihat contoh seperti di bawah.
Panduan ini berguna bagi mengelakkan korang terklik URL yang tidak selamat kerana URL tersebut tersembunyi disebalik URL pendek.

Tiada ulasan: