NJOY - TV satelit baru tanpa komitmen bulanan telah dilancarkan baru-baru ini. Walaupun mempunyai jenama berlainan, ia adalah di bawah syarikat Astro dan rancangan yang diberikan adalah sebahagian dari siaran yang telah ada dalam pakej Astro. Walaupun tiada komitmen bulanan, pelaburan peringkat awal adalah diperlukan sebanyak RM 388 iaitu RM 288 untuk peralatan dan RM 100 utk pemasangan.
Terdapat 18 saluran TV dan 19 saluran radio sepertimana yang ditunjukkan di gambar bawah ini. Namun jika diperhatikan, tiada satu pun saluran di bawah kelolaan Media Prima (TV3, NTV7, 8TV dan TV9) dan TV AlHijrah. Kenapa ye, mungkin dimasukkan pada masa akan datang?
Pendaftaran telah dibuka dan boleh dibuat secara biasa atau online dengan
mengklik link sini (njoy). Walaupun RIS-IT mempromosi TV ni secara
sukarela percuma, ini tak bermakna RIS-IT melanggan saluran ini. Sekadar berkongsi info saja tapi kalau sapa2 nak sponsor, apa salahnya. Kecil tapak tangan,
nyiru satelit njoy RIS-IT tadahkan.
***************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan