Backup Facebook

Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini (Backup & Restore Blog), kali ini ditunjukkan cara untuk backup maklumat yang ada dalam Facebook. Manalah tahu, ada orang ceroboh dan ubah maklumat yang di dalam facebook kita. Sekurang-kurang boleh kembalikan semula.

Caranya seperti berikut ;

Langkah 1 : Daftar masuk / Log In akaun facebook anda.
Langkah 2 : Pilih 'Akaun' dan 'Tetapan Akaun'
Langkah 3 : Pilih 'Tetapan' dan 'Muat Turun Maklumat Anda' dan seterusnya klik pada 'Lebih Lanjut'.
Langkah 4 : Klik 'Muat Turun' untuk memuat turun maklumat yang ada pada akaun facebook anda.
Langkah 5 : Tunggu email yang akan dihantar ke email. Mungkin mengambil sedikit masa untuk menerima email tersebut.
Langkah 6 : Setelah menerima email dari Facebook, klik pautan yang diberi dalam email tersebut.
Langkah 7 : Anda diminta untuk memasukkan semula katalaluan bagi tujuan keselamatan.
Langkah 8 : Klik 'Download Now' (Di bawah 'download now' ada dinyatakan saiz fail anda)
Langkah 9 : Fail anda telah selesai didownload. Fail dalam bentuk fail zip. Simpan di folder yang selamat dan mudah anda cari. (Fail akan dinamakan secara automatik mengikut 'nama pengguna' dalam facebook, cth facebook-nama.pengguna.zip)

Nota : Panduan ini menggunakan FB dalam Bahasa Malaysia, mungkin ada beberapa istilah berbeza bila digunakan dalam versi Bahasa Inggeris.

Tiada ulasan: