Bagi menambah seri pada blog anda, beberapa gajet yang ringkas perlulah diletakkan. Namun janganlah diletakkan terlalu banyak hingga menjadikan blog anda sarat dengan gajet. Nanti gajet anda yang lebih menonjol berbanding dengan apa yang anda tuliskan. Gajet yang banyak juga kadangkala menyebabkan blog anda lambat untuk dipaparkan selain kelihatan seakan-akan tidak terurus. Blog yang simple dengan gajet yang minima adalah paling sesuai.
Bagi yang menggunakan platform blogger, gajet yang minima kebiasaan sudah sedia ada disediakan oleh blog anda. Cuma perlu cari dan pasang.
Antara gajet sebaik-baiknya ada (tapi tak semestinya dipasang) ialah;
1. Search Box - Terutama bagi blog yang telah banyak entri. Memudahkan pembaca mencari entri blog anda berdasarkan katakunci.
2. Labels - Mengelaskan entri yang dimasukkan berdasarkan label yang anda tentukan sendiri supaya senang dicari apabila hendak menyemak semula entri berdasarkan label.
3. Profile - Perlu jika ingin memasukkan pengenalan diri atau pengenalan blog bagi memberi penerangan lebih lanjut mengenai diri atau blog. Tapi biarlah ringkas dan padat.
4. Page Header - Letakkan gambar dan tajuk yang bersesuaian memandangkan inilah bahagian yang terlebih dahulu dilihat oleh pembaca.
5. Blog Archive - Menyimpan senarai blog berdasarkan bulanan, mingguan atau harian berdasarkan pilihan anda. Juga anda boleh memantau bilangan blog yang telah anda tulis.
6. Blog List - Menyenaraikan lain-lain blog yang digemari atau blog pilihan anda bagi memudahkan anda membukanya bila diperlukan. Boleh dibuka banyak berdasarkan pengkelasan blog yang anda inginkan.
7. Followers - Jika anda ingin ada pengikut setia blog, pilihan ini perlu dipasang bagi mengetahui bilangan semasa pengikut anda. Namun ini tidak menggambarkan bilangan sebenar pengikut anda kerana setiap pembaca tidak semestinya berdaftar sebagai followers.
Semua senarai tersebut ada di dalam senarai "Add A Gadget" dalam kategori "Design" dan cara untuk mencari "Add A Gadget" adalah seperti berikut;
Langkah 1 : Sign In dan pergi ke menu "Design" dan pilih submenu "Page Element"
Langkah 2 : Klik "Add A Gadjet". Pilihan ini terdapat di bahagian atas, tepi dan bawah blog tersebut.
Langkah 3 : Pilih mana-mana gajet yang diperlukan dan kemudian isi maklumat yang diminta (jika ada)
Langkah 4 : Selepas selesai, tekan butang 'save'. Gajet pilihan anda akan berada di senarai atas dan jika ingin mengubah kedudukan gajet tersebut sila pilih dan seret pilihan tersebut ke mana-mana kawasan yang dikehendaki.
Langkah 5 : Tekan butang 'Preview' untuk melihat hasilnya dan jika berpuas hati barulah tekan butang 'save'.
Kini blog anda telah dikemaskini dengan gajet-gajet pilihan anda. Namun banyak terdapat gajet-gajet lain yang boleh anda cari di internet. Jika anda terjumpa gajet lain, untuk memasang di dalam blog anda sila masukkan 'kod HTML gajet' tersebut menggunakan gajet 'HTML/JavaScript' sepertimana dalam langkah 3 di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan