Blog - Menulis Entri Pertama

Anda telah berjaya membina blog pertama anda. Jika belum klik disini untuk membina blog pertama anda.

Seterusnya setelah anda mempunyai blog sudah tentu anda ingin menulis sesuatu pada blog anda. Entri kali ini ingin menceritakan cara ringkas untuk memulakan entri anda. Ada dua kaedah untuk menulis entri anda iaitu menggunakan kaedah "Edit HTML" atau "Compose" (Pilihan ini terletak di bahagian atas kotak entri yang anda ingin tulis). Panduan yang diberikan ini adalah menggunakan kaedah "compose" iaitu cara mudah bagi blogger seperti saya (yang tak mahir HTML). Jika anda mahir menggunakan HTML, anda bolehlah menggunakan kaedah "Edit HTML".

Langkah 1 : Buka blog anda. Pada bahagian atas kanan,  klikkan 'sign in'. Selepas itu masukkan "USERNAME" dan "PASSWORD" sepertimana yang anda tetapkan semasa mendaftar blog. Klik 'sign in' selepas memasukkan username dan password anda.


Langkah 2 : Masukkan tajuk entri anda pada ruangan "Title" dan cerita/bahan anda pada ruang di bawahnya. Untuk memukar bentuk tulisan, bold, italic, warna tulisan, saiz tulisan, alignment sila pilih menu yang terdapat pada atas kotak yang anda tulis. (Tak pasti apa nama kotak ini)

Langkah 3 : Jika anda ingin meletakkan gambar klikkan pada menu "insert picture" dan seterusnya pilih gambar yang anda ingin masukkan.

Langkah 4 : Jika anda ingin "link" sesuatu perkataan, ayat atau gambar dengan laman sesawang / blog tertentu, pilih perkataan, ayat atau gambar yang hendak di linkkan, kemudian klik pada menu "Link" dan seterusnya masukkan alamat laman sesawang / blog yang ingin di linkkan. (Link : Bila klik link tersebut, laman sesawang / blog yang kita tetapkan akan dibuka)

Langkah 5 : Selepas anda selesai dan berpuashati bolehlah anda memasukkan entri pertama anda dengan klik pada menu "publish post" yang terletak pada bahagian bawah. Jika ingin melihat dahulu entri tersebut sebelum dipublish, klik pada menu "preview". (Entri berkaitan : Schedule Entry)

Sekarang entri anda telah terpapar di laman blog anda untuk menjadi tatapan pembaca di seantero dunia.

Selamat datang ke dunia blogger.

Nota : Jika anda telah berjaya memaparkan blog pertama anda, sila maklumkan kepada saya pada ruang "comments" di bawah. Insya Allah saya akan menjejaki blog anda tersebut.




RIS-FAMILI

Tiada ulasan: