ICT dalam Bajet 2013

Kredit Gambar
Bajet 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" dibentangkan oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012 di Parlimen. Pada pemerhatian RIS-IT, terdapat beberapa perkara yang menyentuh mengenai IT dan ICT sepertimana petikan di bawah;

1. Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

2. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan.

3. Sebahagian besar daripada 22 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia.

4. Kerajaan akan menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Untuk itu, SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Itu sahaja yang RIS-IT dapat petik berkenaan dengan ICT. Mungkin ada yang terlepas sebab RIS-IT hanya mendengar sepintas lalu dan membaca sekali lalu sahaja. Bagi perkara-perkara lain (bukan ICT) yang menarik minat RIS-IT sila KLIK DISINI untuk membaca melalui blog RIS-FAMILI.

Klik sini untuk memuat turun Bajet 2013 atau klik sini untuk membaca online (pautan BH)
Untuk ICT dalam bajet sebelum ini klik SINI (2010), SINI (2011) dan SINI (2012)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails