Kadangkala terdapat kekosongan dalam cakera keras apabila sesuatu ‘Dokumen atau Perisian’ dibuang. Ini akan menyebabkan dokumen yang ada akan berada dalam keadaan tidak tersusun dan seterusnya akan mengambil sedikit masa untuk mencarinya.
Bagi menyusun semula dokumen dan perisian yang ada, terdapat satu perisian yang telah sediaada dalam program windows iaitu “disk defragmenter”. Bagaimanapun jika anda tidak menggemari perisian tersebut, anda bolehlah mencarinya di internet kerana terdapat pelbagai program lain yang fungsinya hampir sama (percuma atau berbayar).
Secara ringkas, program ini akan menyusun dokumen atau perisian yang berselerak di dalam cakera keras kesan dari dokumen dan perisian yang telah di padam. Penyusunan akan dibuat mengikut kekerapan penggunaan dokumen atau perisian.
Cara-caranya adalah seperti berikut. Cara-cara yang ditunjukkan adalah untuk ‘Windows Vista’ namun untuk Windows versi lain, caranya tidak jauh berbeza dan fungsinya adalah sama.
Pertama : Klik “Start” à “Program” à “Accessories” à “System Tools” à “Disk Defragmenter”
Kedua : Klikkan “Select Volumes” untuk memilih ‘Drive’ yang ingin disusun. Jika pemacu ‘external hard disk’/’pen drive’ disambung pada palam USB, maka pilihan untuk pemacu tersebut juga boleh dipilih. Jika ingin menjadualkan program ini secara automatik pilihan boleh dibuat dengan mengklik pada “Modify Schedule”.
Ketiga : Pilih ‘drive’ yang ingin disusun. Contoh : Drive C dan klikkan pada “Defragment Now…”
Keempat : Proses penyusunan fail akan bermula sejurus selepas diklik pada “Defragment Now…”. Jangkamasa proses penyusunan ini bergantung kepada bilangan fail yang ingin disusun dan kekerapan proses ini dijalankan.
Proses ini sebaik-baiknya dijalankan selepas proses “Disk Cleanup” dijalankan. Untuk melihat cara-cara untuk menjalankan proses “Disk Cleanup” tersebut sila lihat entri sebelum ini atau klik di sini.
Selamat Menyusun dari RIS-FAMILI dan RIS-IT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan