Klik sini untuk baca entri 2010 dan klik sini untuk baca entri 2011 tentang ICT dalam bajet.
Pada pandangan RIS-IT, bajet 2012 langsung tidak menyebut hal berkaitan ICT secara langsung. Yang ada hanya secara sampingan itu pun hanya satu sahaja yang dapat dikesan selepas membaca semula petikan bajet tersebut. Yang dimaksudkan adalah petikan ini sahaja.
sistem pentadbiran cukai yang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas cukai dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan, di samping memperkukuhkan sistem ICT agensi pengutip hasilDalam bajet 2010 dan 2011, bajet berkaitan ICT begitu menarik seperti pemberian netbook, pengecualian cukai broadband dan pengecualian cukai smartphone. Dan yang penting ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Namun entri ini hanya menyebutkan berkenaan ICT sahaja dan banyak lagi perkara lain yang disentuh dalam bajet 2012. Bagi yang ingin membaca teks penuh bajet 2012 sila search di internet atau di klik di sini. Dan jika ingin memuat turun petikan bajet sila muat turun di laman web perbendaharaan (klik di sini).
RIS-IT juga membuat tinjauan berkenaan bajet tersebut di facebook. Untuk mengundi sila buka laman undian tersebut di sini ----> http://www.facebook.com/questions/2068491634772/ (sila klik utk mengundi)
Soalan dan bentuk undian di Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan