Pengguna Terbesar Google Plus (Google +)


Kemunculan pesaing facebook memang sentiasa dinantikan bagi memecahkan monopoli facebook selepas terkuburnya friendster (mungkin myspace juga) baru-baru ini. Dan bagi mengisi kekosongan ini, google telah melancarkan laman sosial terbaru yang dikenali sebagai 'google plus' atau google+ pada pertengahan tahun ini. Dan aku pun dah ada akaun google plus ini (klik utk add aku sebagai member). Berdasarkan info pada laman Amanz, pengguna google plus telah melepasi 25 juta pengguna pada Julai lalu.
Jadi bagaimanakah pecahan pengguna yang terbanyak bagi google plus ini? Maklumat ini diterima dari laman royal pingdom pada September 2011.
Map of interest in Google+
Negara yang paling ramai pengguna 'google plus'.

  1. Taiwan
  2. Hong Kong
  3. Nepal
  4. India
  5. Paraguay
  6. Norway
  7. Honduras
  8. Bangladesh
  9. Indonesia
  10. Guatemala

Berdasarkan senarai di atas didapati Malaysia tidak termasuk dalam senarai, begitu juga negara China (penduduk juga pengguna internet teramai di dunia) dan Amerika Syarikat (pengguna internet kedua teramai di dunia). Dan 4 dari negara teramai menggunakan google plus berada di Asia. Mungkin disebabkan masih baru maka pengguna google plus masih belum memecah masuk ke negara-negara besar sepenuhnya.

Untuk melihat infografik facebook vs google plus. Klik disini (laman Amanz)

Tiada ulasan: