Unsubsribe Komen Pada Blog

Jika entri sebelum ini memberitahu cara untuk melanggan (Subscribe) setiap komen dalam sesuatu post/entri (Klik sini utk membaca), kali ini diterangkan cara untuk unsubscribe pula. Sesuai dilakukan untuk situasi seperti di bawah;
1. Komen yang anda beri telah terjawab.
2. Komen yang anda beri tak juga dijawab walaupun dah lama.
3. Komen bagi entri tersebut terlalu banyak sehinggakan penuh kotak email anda.
4. Post/entri tersebut telah lama dan tidak lagi releven dengan keadaan semasa.
5. Saja-saja je nak unsubscribe.

Jika nak unsubscribe, ikuti langkah mudah di bawah.

Langkah 1 - Buka email susulan yang dihantar kepada inbox anda. Klik pada 'Unsubsribe' di akhir email tersebut.

Langkah 2 - Klik sekali lagi 'Unsubsribe' untuk tujuan pengesahan. Jangan teragak-agak nak klik kalau situasi di atas telah dipenuhi.

Langkah 3 - Pengesahan unsubsribe akan dipaparkan pada entri tersebut.

Selepas ketiga-tiga langkah di atas dah dibuat, secara rasmi anda dah unsubscribe post/entri yang anda tak mahu tersebut. Tiada email akan memenuhi inbox anda lagi bagi post/entri tersebut. Namun untuk post/entri yang lain masih ada dan kalau nak unsubscribe yang lain-lain post/entri kena la unsubscribe satu persatu.

Tiada ulasan: