Statistik Blog

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengetahui statistik pengunjung laman blog kita. Tapi blog yang menggunakan platform blogger boleh menggunakan statistik yang telah sedia ada dalam blog mereka.

Caranya mudah saja.

1. 'Sign In' dahulu.

2. Pilih 'Stat'. Rasanya ringkasan untuk statistics.

3. Dipaparkan stististik blog. Terdapat 4 jenis statistik iaitu 'Overview', 'Posts', 'Traffic Sources' dan 'Audience'. Juga terdapat pilihan masa iaitu 'Now', 'Day', 'Week', 'Month' dan 'All Time'.

4. Pilihlah mana-mana bentuk statistik yang anda nak tengok. Seperti contoh blog 'RIS-IT'

a. OVERVIEW - Untuk melihat bilangan pengunjung atau lebih tepat lagi bilangan mukasurat dibuka (pageview)

b. POSTS - Bilangan entri yang paling banyak di view oleh pengunjung blog

c. TRAFFIC SOURCES - Cara pengunjung blog memasuki blog kita samada terus menaip URL blog, melalui laman blog lain atau melalui carian.

d. AUDIENCE - Bilangan pengunjung yang mengunjungi blog kita. Statistik ini dipecahkan 3 kategori iaitu Negara, Browser dan Operating System.

Tiada ulasan: