Private Browsing Dengan Google Chrome

Jika entri sebelum ini diberitahu cara-cara untuk melayari internet tanpa disimpan jejak pelayaran tersebut menggunakan browser mozilla firefox (klik sini untuk membacanya), kali ini diterangkan cara-cara yang serupa tapi untuk browser google chrome pula. Caranya adalah menggunakan 'incognito window'. Semakan menggunakan google translate mennterjemahkan 'incognito window' sebagai 'tetingkap menyamar'.

Untuk menggunakan 'incognito window' ini, ikuti cara seperti di bawah ini.

Langkah 1 : Buka browser google chrome seperti biasa.
Langkah 2 : Klikkan pada simbol 'spanar' pada bucu atas kanan browser tersebut. Pilih 'New incognito window'.
Langkah 3 : Keluar mesej menerangkan fungsi 'incognito window'. Kalau nak tahu, baca je la. Kalau tak, taip je alamat website yang nak dilayari pada kotak alamat @ pilih je alamat pada 'bookmark' yang telah disimpan.
Langkah 4 : Layarilah mana laman web yang anda pilih tanpa was-was.

ATAU

Gunakan kaedah penbersihan secara manual tapi perlu dibuat setiap kali menggunakan selepas perlayaran. Caranya; Pilih 'Tool" - 'Option' - 'Under the Hood' - 'Clear browsing data' - 'Pilih data yang nak dipadam' - 'Clear browsing data'.

Nota : Sesuai digunakan untuk sesiapa yang melayari laman web yang perlu memasukkan id dan password seperti perbankan internet atau email sebab tak perlu lagi memadamkan cache, cookies atau history kerana maklumat tersebut memang tak disimpan. Tapi untuk langkah keselamatan 'berganda', eloklah di buat sekali lagi kalau tak yakin.



Untuk private browsing menggunakan Internet Explorer - Klik sini.
Untuk private browsing menggunakan Mozilla Firefox - Klik sini.

Tiada ulasan: