Microsoft Excel | Lindungi Dari Di Edit

      Jika entri sebelum ini ada ditulis cara-cara melindungi fail dari diakses atau diedit dengan memasukkan password apabila nak buka fail tersebut (klik utk baca) bagi fail Microsoft Word dan Excel. Entri kali ini pula akan berkongsi cara untuk lindungi fail dari diedit tapi untuk Microsoft Excel sahaja. Dan fail excel boleh dibuka dahulu tanpa password, jadi boleh tengok dulu fail tersebut. Password (jika digunakan - tak guna pun tak apa) hanya perlu dimasukkan apabila nak masuk data atau nak edit data. 
      Sesuai untuk fail untuk diakses oleh ramai orang di pejabat tapi sesetengah data tak dibenarkan edit lagi selepas tempoh tertentu. Contohnya, data bulan Januari tidak boleh lagi diubah apabila bulan tersebut telah berlalu, hanya boleh tengok sahaja.

Untuk tujuan tersebut, ikuti langkah mudah ini.

Langkah 1 : Buka fail yang nak di protect.

Langkah 2 : Klik pada tab yang hendak di protect. Contoh : Nak protect tab Januari.

Langkah 3 : Pilih menu 'Review' dan pilih 'Protect Sheet'.

Langkah 4 : Kotak 'Protect Sheet' akan keluar. Anda bolehlah untick mana-mana kotak yang bersesuaian. Kalau saya, saya untick semua kotak.

Langkah 5 : Masukkan password jika perlu. Nota : Jika nak elakkan data diedit (kes kawan tak boleh dipercayai), bolehlah dimasukkan password. Tapi jika kawan boleh diharap dan sekadar nak elakkan teredit secara tak sengaja, rasanya tak perlulah letak password.

Langkah 6 : Klik OK.

Selesai langkah-langkah di atas, maka tab yang diprotect selamat dari diedit. Kalau nak edit juga hanya perlu klikkkan semula kotak 'unprotect sheet' sepertimana dlm langkah 3. Kalau ada password, masukkan password je.

Tambahan : Untuk protect worksheet iaitu fail tersebut secara keseluruhan, pada Langkah 3 pilih 'Protect Workbook'.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails