Password Untuk Fail

Ada antara kita ingin menyimpan sesuatu fail yang hanya untuk diedit atau tatapan diri sendiri atau orang tertentu. Keadaan ini boleh jadi apabila fail tersebut disimpan di sesebuah komputer yang dikongsi ramai sebagai 'contoh' komputer pejabat.
Tindakan yang sepatutnya dilakukan adalah meletakkan 'password' pada fail tersebut.
Terdapat dua keadaan 'password' ini boleh digunakan iaitu
1. Fail hanya boleh dibuka dengan menggunakan 'password'. Jika 'password' tidak dimasukkan maka fail tidak akan terpapar.
2. Fail boleh dibuka tanpa 'password' tapi hanya untuk melihat kandungan fail namun jika ingin mengedit info dalam fail tersebut, 'password' perlu dimasukkan.

Anda boleh menggunakan perisian tambahan yang dimuatturun dari internet, perisian yang dibeli atau menggunakan perisian yang telah sediaada bersama Microsoft Office. Bagi menjimatkan kos dan masa, saya  suka gunakan perisian sediaada. Namun saya tidak dapat menyatakan dari segi sekuriti kerana saya tidaklah mahir dalam I.T., kerana apa yang saya paparkan adalah bertujuan untuk berkongsi apa-apa maklumat yang saya tahu dan yang sedang saya gunakan.

Caranya begini;
Langkah 1 : Setelah siap fail yang anda ingin letakan 'password' klik menu 'save as'.

Langkah 2 : Setelah anda menamakan fail anda, klik menu 'tools' yang terletak di bawah kotak 'save as' tersebut.
Langkah 3 : Pilih menu 'General Options'.
Langkah 4 : Masukkan ' password' yang anda sukar diteka tapi senang anda ingati dalam kotak yang dikehendaki sama ada 'Password to open' atau 'Password to modify'. Kemudian klik butang 'OK'.
Langkah 5 :  Masukkan sekali lagi 'password' yang anda pilih tadi. Tekan 'OK'.

Langkah 6 : Setiap kali anda membuka / mengedit fail tersebut, kotak 'password' akan dipaparkan dan anda perlu memasukkan 'password' yang telah anda tetapkan.

PERHATIAN : Kaedah ini adalah untuk versi "Microsoft Office 2007" namun caranya adalah hampir sama untuk versi yang lain. Pastikan anda ingat 'password' yang anda letakkan, fail tidak dapat dibuka / diedit jika anda lupa 'password' yang telah anda pilih.


RIS-FAMILI

Tiada ulasan: