"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi"

SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua pembaca yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan.
"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi" adalah motto hari pekerja bagi tahun 2010. Cari juga dalam internet bagi tafsiran maksud motto di atas tapi tak jumpa. Mungkin sebab akan dilancarkan hari ni jadi tak dimasukkan lagi dalam internet.
Logo pun sama, yang besar tak jumpa. Yang ada hanyalah yang kecik jadi tak dapatla nak masukkan dalam blog. Logo ni bentuk hampir sama dengan logo 1Malaysia tapi diubahsuai sikit di mana terdapat 3 imej manusia berpimpin tangan di dalam nombor 1. Warna Merah di bucu atas, kuning di tengah dan biru di bahagian bawah.
(Updated : 5 Mei 2010 - Baru jumpa logo hari pekerja yang besar,  logo sepertimana di paparkan di atas)


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails