DNS Changer

Dah semak ke tetapan DNS komputer anda. Menurut CyberSecurity Malaysia, MYCert & DCWG terdapat terdapat perisian merbahaya (malware) yang mengubah tetapan komputer dan mengalih komputer ke laman yang tidak sah. Kenyataan penuh sepertimana di bawah yang dipetik dari laman web berkenaan.
Untuk menyemak tetapan DNS komputer anda sila lawati website ini ----> DNSChanger Landing Page.
Jika komputer anda sihat akan keluar mesej seperti ini.

Zakat Fitrah | Online & SMS

     Masuknya bulan Ramadan, umat Islam wajib menunaikan puasa. Tak lupa juga kewajipan untuk menunaikan zakat fitrah iaitu bermula Ramadan hingga sebelum mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri. Namun jangan lupa untuk membayar zakat-zakat lain juga seperti zakat pendapatan, zakat emas, zakat tanaman dan lain-lain lagi. Namun zakat selain zakat fitrah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tak semestinya pada bulan Ramadan sahaja iaitu apabila cukup haul dan nisab.
     Untuk tujuan pembayaran zakat, sekarang terdapat kaedah pembayaran zakat menggunakan kaedah moden iaitu melalui SMS dan online. Setakat yang saya tahu, pembayaran secara online hanya terdapat di Lembaga Zakat Selangor. (Untuk semua jenis zakat, bukan sekadar zakat fitrah sahaja).

     Untuk tujuan pembayaran zakat fitrah secara SMS, panduan ditunjukkan di bawah. (Nota : Kadar negeri Selangor kerana disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor)

Untuk tujuan pembayaran zakat secara online sila ikuti langkah-langkah di bawah;

Langkah 1 : Buka laman web Lembaga Zakat Selangor di sini

Langkah 2 : Isikan maklumat diri dan kemudian pilih jenis zakat yang ingin dibayar.

Langkah 3 : Lakukan pembayaran.

(Nota : Bagi zakat fitrah, kadar yang dikenakan adalah kadar bagi negeri Selangor)
* Sebaik-baik zakat dibayar di kawasan rezeki tersebut diperolehi.

Memadam Cookie - Mozilla Firefox

Jika sebelum ini ditunjukkan cara untuk memadamkan cookie bagi browser internet explorer kali ini ditunjukkan cara untuk memadamkan cookie bagi browser mozilla firefox.

Langkah 1 : Klik menu 'Tools' dan pilih 'Options'

Langkah 2 : Pilih tab 'Privacy'

Langkah 3 : Pada ruangan 'History', klik pada 'clear your recent history' ATAU jika ingin memadam secara satu persatu pilih 'remove individual cookies'. Adalah senang jika pilih yang pertama.

Langkah 4 : Pilih 'Time range to clear' dan tandakan pada maklumat yang ingin dipadamkan.

Langkah 5 : Klik 'Clear Now'.

Nota : Untuk memastikan jejak anda tidak disimpan, pilihan 'Never Remember History' pada 'Firefox will' untuk langkah 3 adalah sesuai digunakan.

Memadam Cookie - Internet Explorer : Klik Sini
Memadam Cookie - Google Chrome : Klik Sini