Opps.... Hampir-hampir terlupa. Khas untuk new blogger yang baru saja mempunyai blog terutamanya yang mengikuti panduan yang ditunjukkan melalui RIS-IT. (Tak sangka ramai juga yang mengikuti panduan yang diberikan)
Bagi menghiasi blog anda dengan Gajet Luaran iaitu gajet selain yang disediakan oleh blogspot terdapat dua cara mudah untuk anda ikuti iaitu dengan cara mencari sendiri menggunakan enjin carian atau mengikuti jalan pintas. Saya akan tunjukkan cara menggunakan cara kedua iaitu jalan pintas.
Tapi pastikan gajet luaran yang untuk menghiasi blog anda tidak terlalu banyak dan gajet tersebut haruslah berkaitan atau mempunyai fungsi yang berfaedah. Jika terlalu banyak gajet boleh menyebabkan blog anda lambat untuk dibuka.
Cara pintas yang dimaksudkan adalah dengan melihat gajet tersebut di blog-blog lain dan jika berminat anda boleh juga memasang gajet tersebut. Namun langkah ini hanya jika pemilik blog tersebut tidak mengubah kod HTML gajet tersebut. Mudah saja caranya.
Berikut adalah cara-caranya.
Langkah 1 : Buka blog yang ada gajet yang anda perlukan. Contoh adalah seperti blog RIS-FAMILI iaitu untuk meletakkan pengira bilangan pengunjung blog.
Langkah 2 : Klikkan tetikus anda pada gajet tersebut dan tetingkap baru akan dibuka untuk mendapatkan kod HTML tersebut. Di sini anda boleh memilih lain-lain bentuk pembilang yang anda sukai. (Jika perlu mendaftar dahulu, anda perlu mendaftar dulu).
Langkah 3 : Ikuti langkah-langkah pada laman sesawang tersebut sehingga selesai iaitu sehingga anda mendapat kod HTML.
Langkah 4 : Setelah mendapat kod HTML tersebut, masukkan kod tersebut ke dalam blog anda mengikut langkah-langkah sepertimana yang telah ditunjukkan dalam entri sebelum ini iaitu Blog - Gajet Asas Yang Sesuai Diletakkan (Klik Sini)
Selamat mencuba untuk gajet-gajet yang lain pula.
Nota : Untuk memasang gajet yang lain, langkah yang hampir sama seperti di atas boleh diikuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan