Blog - Jana Pendapatan dengan Iklan

Bagi penulis blog yang ingin menjana pendapatan dari blog mereka, terdapat banyak cara untuk tujuan tersebut. Samaada menjual barangan barangan melalui blog, menawarkan perkhidmatan melalui blog, menawarkan ruangan iklan untuk dipaparkan ataupun daftar dengan komuniti yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan.

Cara yang mudah adalah dengan mendaftarkan diri dengan komuniti yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Saya mengatakan mudah kerana kita tak perlu bersusah payah untuk mencari pihak yang ingin mengiklankan produk / perkhidmatan mereka kerana semuanya akan diuruskan oleh komuniti tersebut. Selepas mendaftarkan diri, hanya letakkan kod yang diberikan di dalam blog kita.

Kita hanya perlu menulis entri-entri yang bersesuaian bagi menarik pembaca. Lagi ramai pembaca, lagi banyak pengikan yang berminat untuk meletakkan iklan dalam blog kita. Semakin banyak pengiklan, semakin kencang pendapatan kita. Saya telah merasai hasil dari pengiklanan tersebut (sikit je sebab blog picisan je).

Antara enam syarikat pengiklan yang luas digunakan adalah seperti disenaraikan di bawah. Pilihlah mana-mana yang anda sukai, selesa, yakin, menguntungkan dan glamer. Nak letak semua pun boleh tapi nanti iklan-iklan tu pulak yang lebih menonjol dari entri-entri dalam blog tu. (Klik pada nama iklan untuk ke laman iklan tersebut)







Nota : Anda dilarang mengklik sendiri iklan tersebut berulang kali kerana tindakan ini melanggar 'terma dan syarat' yang ditetapkan.


Hari Raya Korban, Aidiladha & Raya Haji

Tak kira apa pun yang kita panggil samada Hari Raya Korban, Aidiladha atau Raya Haji, ia tetap merujuk kepada perayaan yang sama. Namun saya lebih suka gunakan perkataan Aidiladha. 

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Aidiladha, Maaf Zahir Batin.



FACEBOOK : Ranking Mengikut Negara

Memandangkan Facebook masih kekal antara laman sesawang yang popular di dunia malah juga di Malaysia, dengan ini RIS-IT ingin berkongsi maklumat yang didapati dari laman sesawang Facebakers. Semua statistik adalah maklumat yang dipetik dari laman tersebut dan disusun mengikut kategori Dunia, Asia, Asia Tenggara dan peratusan Asia. Statistik asal adalah meliputi 213 negara tetapi diringkaskan kepda 20 negara sahaja kerana Malaysia termasuk dalam top 20.
Tak sangka sungguh, rupanya rakyat Malaysia suka berfacebook hinggakan tersenarai di tempat ke 16 Dunia, 4 Asia dan ke 3 Asia Tenggara. Jika dilihat dari segi peratusan pula, 33% penduduk Malaysia ada akaun facebook tapi saya rasa ini berdasarkan andaian setiap akaun facebook tersebut hanya untuk seorang pengguna. Namun realitinya sesetengah pengguna mempunyai lebih dari satu akaun.
Facebook ni bagi saya ada kebaikannya jika digunakan secara berhemah. Tapi jangan sampai asyik berfacebook sehingga mengabaikan kerja (di pejabat) atau rumahtangga (di rumah).
Saya pun ada akaun facebbok juga. Klik sini untuk lihat profile facebook saya.



Pemendek Alamat URL

Muka depan goo.gl

     Baru-baru ini Google melancarkan perkhidmatan memendekkan alamat URL, tak silap saya pada awal Oktober 2010. Bagi pembaca yang tidak begitu mengetahui, URL bermaksud 'Uniform Resource Locator' iaitu alamat yang kita tulis apabila ingin memasuki laman web.
     Sebagai contoh : http://ris-famili.blogspot.com/2010/08/selamat-memandu-pulang-berhari-raya.html  adalah alamat URL. Jika kita perhatikan alamat di atas terlalu panjang dan akan menggunakan ruang yang banyak apabila ingin menulis sesuatu yang menyertakan alamat tersebut. Jika menggunakan pemendek alamat URL, alamat di atas akan dipendekkan menjadi http://goo.gl/P71R (guna goo.gl) dan akan akan tetap dibawa kepada laman yang asal.
     Bagi memendekkan alamat URL anda terdapat laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti, http://goo.gl/ (terbaru), http://tinyurl.com/, http://bit.ly/, http://is.gd/, http://www.kxk.me/, http://ow.ly/, http://www.cejb.net/, http://doiop.com/ dan banyak lagi.
     Namun saya perhatikan hanya dua sahaja yang banyak digunakan iaitu 'tinyurl.com' dan 'bit.ly' dan saya percaya 'goo.gl' yang baru dilancarkan ini juga akan turut popular satu masa nanti.
Muka depan bit.ly
Muka depan tinyurl.com

     Selain dari perkhidmatan pemendek di atas, kita mungkin perasan pemendek alamat yang digunakan oleh laman sesawang popular seperti facebook, twitter dan you tube. Pemendek tersebut diberikan secara automatik apabila kita memasukkan alamat yang panjang ke dalam laman tersebut. Bagi 'facebook' URL bermula dengan http://fb.me/, bagi' twitter' URL bermula dengan http://t.co dan 'you tube' URL bermula dengan http://youtu.be.
RIS-FAMILI