Memadam Cookie - Internet Explorer

Berikut ditunjukkan cara untuk memadam cookie yang tersimpan dalam komputer anda bagi browser 'Internet Explorer'

Langkah 1 : Pilih menu 'Tools" dan pilih 'Internet Options'

Langkah 2 : Pilih tab 'General' dan pergi ke bahagian 'Browsing History'

Langkah 3 : Tetingkap 'Delete Browsing History' akan dipaparkan. Tandakan pada kotak bagi perkara yang hendak dipadam. Jika nak padam cookie, pastikan kotak cookie ditandakan.

Langkah 4 : Klik butang delete. Semua maklumat yang anda pilih akan dipadamkan.

Nota : Jika ingin memadamkan maklumat ini secara automatik, sila tandakan kotak 'delete browsing history on exit' semasa Langkah 3.

Memadam Cookie - Mozilla Firefox : Klik Sini
Memadam Cookie - Google Chrome : Klik Sini

Kemaskini Status Secara Berjadual | Facebook

Jika sebelum ini ada dimasukkan entri secara berjadual untuk blog (klik sini utk baca) kali ini status kemaskini untuk facebook pula boleh dibuat secara berjadual. Setakat ni entri ini ditulis, hanya untuk 'facebook page' sahaja yang boleh dijadualkan dan dipercayai tak lama lagi diperluaskan kepada wall facebbok individu (Moga betullah apa yg dikatakan ini).
Sebagai contoh facebook page 'RIS-IT' ini dijadikan panduan untuk membuat kemaskini secara berjadual.
Langkah 1 : Buka Facebook Page anda dan pilih status.

Langkah 2 : Tuliskan kemaskini anda dan klik pada simbol jam. (Simbol ini tak ada jika tidak ditulis apa-apa pada bahagian status)

Langkah 3 : Pilihan tahun, bulan, hari, jam dan minit ditunjukkan satu persatu.

Langkah 4 : Masukkan tarikh dan masa untuk kemaskini anda dipaparkan.

Langkah 5 : Selepas berpuashati, klikkan pada bahagian 'Jadualkan'

Langkah 6 : Pemberitahuan penjadualan ditunjukkan untuk semakan anda.

Nota : Kemaskini RIS-IT yang dibuat sebelum ini (kemaskini lama) tidak terpapar selepas kemaskini berjadual ini dibuat untuk pertama kali. Tak pasti samada hidden atau dipadamkan. Sesapa ada idea?

StatsCrop | Melihat Ranking Blog

Jika sebelum ini ditunjukkan cara untuk mengetahui ranking blog anda (atau lebih tepat populariti) dengan menggunakan 'Google PageRank' yang mengkelaskan kepopularan dengan julat 0 hingga 10 di mana semakin tinggi semakin popular (klik sini untuk baca entri tersebut). Namun kini ada satu lagi pilihan untuk melihat kepopularan blog anda iaitu menggunakan 'StatCrop' pula. Skala yang digunakan adalah bintang dari 1 bintang hingga 5 bintang.

Untuk menggunakan StatCrop ikuti langkah-langkah di bawah;

Langkah 1 : Pergi ke website 'StatCrop' dengan mengklik SINI.


Langkah 2 : Masukkan alamat blog @ website anda dan klik 'search'


Langkah 3 : Bintang anda akan dipaparkan.
(Blog RIS-IT dapat 2.5 bintang dari 5 bintang. Ok la tu)

Juga turut dipaparkan adalah SEO score seperti ditunjukkan di bawah;

Memadam DNS Cache

Kadang kala kita tak boleh membuka sesuatu laman web dan keluar mesej supaya kita memadamkan DNS Cache.


Mungkin kita tak tahu caranya, saya pun tak tahu juga pada permulaannya tapi selepas minta pertolongan pokcik Gugel baru la tahu caranya.


Ni saya kongsikan caranya.


1. Klik butang 'Start'
2. Pilih 'Run'
3. Pada kotak teks, taip perkataan 'ipconfig /flushdns' (tanpa simbol ' ' dan jarakkan antara 'ipconfig dan /' tapi tiada jarak antara '/ dan flushdns'.
4. Klik 'Enter' atau 'Return' (bergantung pada tetapan komputer anda)


Nota : Cara ini adalah untuk pengguna Windows Vista, Windows XP dan Windows 2000 sahaja. Bagi pengguna Windows 7 dan MacOS sila dapatkan info dengan menggunakan perkhidmatan pokcik gugel.