Jika sebelum ini ada dimasukkan entri secara berjadual untuk blog (klik sini utk baca) kali ini status kemaskini untuk facebook pula boleh dibuat secara berjadual. Setakat ni entri ini ditulis, hanya untuk 'facebook page' sahaja yang boleh dijadualkan dan dipercayai tak lama lagi diperluaskan kepada wall facebbok individu (Moga betullah apa yg dikatakan ini).
Sebagai contoh facebook page 'RIS-IT' ini dijadikan panduan untuk membuat kemaskini secara berjadual.
Langkah 1 : Buka Facebook Page anda dan pilih status.
Langkah 2 : Tuliskan kemaskini anda dan klik pada simbol jam. (Simbol ini tak ada jika tidak ditulis apa-apa pada bahagian status)
Langkah 3 : Pilihan tahun, bulan, hari, jam dan minit ditunjukkan satu persatu.
Langkah 4 : Masukkan tarikh dan masa untuk kemaskini anda dipaparkan.
Langkah 5 : Selepas berpuashati, klikkan pada bahagian 'Jadualkan'
Langkah 6 : Pemberitahuan penjadualan ditunjukkan untuk semakan anda.
Nota : Kemaskini RIS-IT yang dibuat sebelum ini (kemaskini lama) tidak terpapar selepas kemaskini berjadual ini dibuat untuk pertama kali. Tak pasti samada hidden atau dipadamkan. Sesapa ada idea?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan