Brim kini dah kembali. Bagi yang baru layak dan tak pernah mohon bolehlah pergi laman web BRIM dengan mengklik di sini ---》https://ebr1m.hasil.gov.my
dan pilih "Permohonan Baru" seterusnya isi maklumat yg diperlukan.
Bagi yang pernah mendaftar pula klik link yang di atas tadi atau terus klik di sini --》https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
Kemudian masukkan no mykad dan 2 soalan. Lepas tu kemaskini mana-mana yang berkenaan.
Selesai buat, tunggu je duit masyukkkk. Dan jangan lupa 'open table' bila dah masukkkk.
Tapi kemaskini dan daftar kena buat sehingga hujung tahun ni je.
SELAMAT BERBR1M.
Pendaftaran Online SSPN-I Plus : Skim Simpanan Pendidikan Nasional
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Sumber Asal : Laman Web PTPTN (Untuk Muat Turun Broser Klik Sini)
- Patuh syariah.
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
- Layak memohon pembiayaan pendidikan.
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
Kelayakan:
Pendeposit
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.
Penerima Manfaat
Warganegara Malaysia.
Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.
Lain-lain
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama
Setiap pembukaan akaun dan penambahan akaun melayakkan anda menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti banner di atas. (Tahun 2017)
Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM12,000
Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM6,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Melalui SSPN-i Plus,pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM6,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.
Pembukaan Akaun:
Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut:
Secara online melalui https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003995
Ejen Online PTPTN
Eksekutif Pemasaran PTPTN
Kaunter PTPTN
***************************************
Cara Cetak Dokumen PDF Tanpa Perlu Simpan
Kadangkala apabila kita ingin mencetak dokumen dalam bentuk PDF, kita perlu menyimpannya terlebih dahulu sepertimana yang ditunjukkan pada gambar ke 2. RIS-IT juga pernah mengalaminya sebelum ini dan hasil dari carian di internet, RIS-IT telah berjumpa penyelesaiannya. Oleh itu RIS-IT ingin berkongsi caranya dengan peminat pembaca blog ini.
Cara ini akan menukarkan terus pilihan 'save' tersebut kepada 'print'. Untuk kembali kepada pilihan asal, ikuti cara yang sama seperti di atas tapi pilih 'save as pdf' semasa langkah ke 3.
Gambar 1 : Pilih 'Print'.
Gambar 2 : Pada 'Destination' klik pada ikon 'Change...'
Gambar 3 : Pilih "pencetak" yang ingin digunakan.
Gambar 4 : Ikon 'Save' akan bertukar ke ikon 'Print'
Cara ini akan menukarkan terus pilihan 'save' tersebut kepada 'print'. Untuk kembali kepada pilihan asal, ikuti cara yang sama seperti di atas tapi pilih 'save as pdf' semasa langkah ke 3.
Cukai Pendapatan | E-Filling
Melaporkan pendapatan bagi tujuan perlaporan cukai pendapatan kini semakin mudah melalui E-Filling.
Klik pautan ini untuk ke laman E-Filling ---> https://ez.hasil.gov.my/CI/. Sebagai alternatif boleh juga memasuki melalui Laman Web Lembaga Hasil Dalam Negeri (klik sini) dan pilih E-Filling.
Selamat mengisi dan membayar cukai pendapatan.
ICT dalam Bajet 2014
Klik link di bawah ini untuk intipati Bajet tahun 2010 - 2013 yang ada kaitan dengan ICT.
Bajet 2014 bertemakan "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI ” dengan peruntukan RM 264.2 billion. Bajet tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan 1 pada 25 Oktober 2013 di Parlimen. Berikut beberapa intipati yang dirasakan berkaitan ICT untuk dikongsi bersama;
….Untuk meningkatkan lagi liputan internet
di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB
dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion
ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada
masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh
negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat….
….Selain itu, 1,000 menara pemancar
telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5
bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi
meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut yang baru
akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos 850 juta ringgit….
….Di samping itu, bagi mempastikan tiada
pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan
akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk
mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif
ini….
….Kos
pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan
sehingga tahun taksiran 2016….
….Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST
bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan….
….Memperluaskan akses internet di sekolah
terutama di kawasan luar bandar seluruh negara dengan peruntukan 168 juta
ringgit....
Untuk memuat turun teks ucapan bagi Bajet 2014 ini sila klik SINI.
Langgan:
Catatan (Atom)





