Kalkulator Maya

Zaman sekarang banyak kaedah untuk membuat pengiraan. Antaranya menggunakan kaedah pengiraan metal aritmetik atau congakan. Juga menggunakan kertas untuk membuat pengiraan. Namun kedua-dua kaedah tersebut hanya melibatkan pengiraan yang mudah dan angka yang kecil. Jika ingin membuat pengiraan yang panjang dan kompleks perlu gunakan kalkulator atau perisian pengiraan yang telah disediakan.
Berikut disenaraikan kaedah-kaedah untuk mendapatkan nilai pengiraan.
Mental / Congakan
Pengiraan atas kertas / guna jari
Guna kalkulator
Guna perisian excel atau perisian lain
 
Guna kalkulator dalam komputer / telefon bimbit
 Guna Enjin Carian "Google"
Guna Enjin Carian "Yahoo"
Entri kali ini lebih kepada penggunaan kalkulator maya iaitu menggunakan enjin carian. Percubaan kepada 3 enjin carian popular iaitu google, yahoo dan bing mendapati hanya google dan yahoo sahaja yang mempunyai kalkulator maya. Caranya adalah dengan memasukkan nilai yang ingin dicari seperti contoh di atas. Untuk mencari nilai 'tambah' guna simbol "+", nilai 'tolak' guna simbol "-", nilai 'darab' guna simbol "*" dan nilai 'bahagi' guna simbol "/" dan 'kuasa' guna simbol "^". Selepas masuk nilai yang dicari tak perlu masukkan simbol "sama dengan (=)", hanya perlu tekan butang 'search' dan nilai pengiraan akan ditunjukkan di bawahnya.

Al Hijrah - Saluran TV terbaru

Pada 7 Disember 2010 lalu telah dilancarkan satu saluran baru untuk tontonan rakyat Malaysia yang terpilih untuk menonton saluran TV percuma. Rakyat Malaysia terpilih bermaksud hanya beberapa negeri sahaja yang dapat menonton kerana liputan siaran masih belum diperluaskan ke seluruh Malaysia. Buat masa ini hanya negeri Terengganu (Yes, aku dah tengok), Johor, Sarawak, Sabah dan Lembah Kelang sahaja ada siaran tersebut, Negeri-negeri lain tunggu ye sebab belum diperluaskan ke kawasan anda. Saluran ini juga belum ada dalam senarai pilihan pelanggan astro, jadi jangan la memandai untuk mencarinya buat masa sekarang.
Pada pandangan aku, saluran ini merupakan satu saluran yang bagus untuk tonton semua kerana rancangan-rancangan yang dihidangkan adalah rancangan bersifat keagamaan, kerohanian, kekeluargaan dan penuh dengan nilai-nilai murni. Sasaran adalah penonton dari 4 - 39 tahun sepertimana yang dimaklumkan dalam laman sesawang AlHijrah. Rasanya mungkin sama konsep dengan Astro Oasis dan sedikit konsep TV9.
Mulanya aku ingatkan saluran baru oleh RTM tapi rupa-rupanya tekaan aku meleset. TV baru ni menggunakan motto "Segalanya Bermula Disini" adalah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang dipancarkan terus dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Antara rancangan perintis adalah Nota Al Zahra, Sinar Baru, Misteri Alam Melayu, Menu Alam, Muhasabah Diri, Uteh, Pada Zaman Dahulu, Tareq Wa Shireen dan banyak lagi. Untuk makluman, TV ini telah melalui fasa percubaan bermula 1 November 2010 lalu.
Untuk mendapatkan siaran TV ini hanya halakan remote tv anda dan tekan carian gelombang sepertimana yang ditunjukkan di bawah.
Aku dah tengok. Anda bagaimana?


Beli Barang Secara Talian

Jika sebelum ini saya ada menceritakan tentang menjejaki surat-surat yang dihantar oleh Pos Malaysia namun kali ini saya ingin mempromosi memperkenalkan pula produk terbaru oleh Pos Malaysia. Promosi percuma Produk terbaru yang dimaksudkan adalah mengenai 'PostMe' iaitu portal perkhidmatan membeli-belah secara dalam talian.
Kepada sesiapa yang malas tak mahu bersesak-sesak di kedai atau kompleks membeli belah mahupun di sangkut di jalan raya, rasanya portal terbaru dari Pos Malaysia ni sesuai untuk anda. Setakat ini sebanyak 6000 barangan boleh didapati melalui portal ini yang melibatkan sebanyak 70 rakan niaga. Dan bilangan tersebut akan bertambah dari masa ke semasa.
Memandangkan portal ini beroperasi 24 jam jadi anda boleh membeli-belah pada bila masa yang anda suka. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, debit, tunai di Pos Malaysia dan perbankan internet. Barangan dikelaskan kepada 11 kategori seperti Men, Women, Kids, Home & Appliances, Health & Wellness, Technology, Books, Arts & Collectibles, Gift & Novelties, Post Shoppe dan Others. Setiap kategori tersebut pula terdapat sub-kategori di bawahnya seperti ditunjukkan.

Bagi saya ini portal ini memberi pilihan terbaru untuk pembelian barang yang mana selama tak banyak portal / laman sesawang membeli belah dari rantau ini seperti Mudah (Singapura), 1TradeZone (Malaysia), Jipaban (Singapura), Lelong (Malaysia) dan seumpamanya.



Nak Tahu Rahsia Tak?

Memang kali ni RIS-IT ingin berkongsi rahsia. Rahsia ni banyak jenisnya seperti ' Rahsia Besar', 'Rahsia', 'Sulit', 'Terhad', 'Persendirian' juga 'Untuk Kegunaan Rasmi'. Dan kali ini semua jenis rahsia ingin dikongsikan untuk tatapan semua.
Opps... jangan salah sangka, rahsia ni bukannya didedahkan oleh RIS-IT tapi RIS-IT hanya berkongsi pautannya je. Rahsia yang dimaksudkan adalah rahsia yang di dedahkan oleh Wikileaks. Banyak maklumat yang selama ini tersimpan telah dibocorkan dan ini bukannya siri pertama pembocoran rahsia tersebut. Dipercayai siri-siri pembocoran maklumat seperti ini akan terus dikeluarkan dari masa ke masa. Entahlah sama ada maklumat yang dikaitkan dengan Malaysia akan turut ada tak pada masa datang. Harap-harap tak ada la sebab rahsianya akan dibacakan oleh seluruh dunia.
Menurut berita yang dikeluarkan baru-baru ini, sebanyak 251287 maklumat dibocorkan dimana 15652 daripadanya dianggap sulit.
Antara maklumat yang dapat dibacakan adalah mengenai rancangan kerajaan China untuk menggodam Google, operasi pengintipan diplomat di PBB, ejekan terhadap pemimpin-pemimpin dunia, pertelingkahan nuklear Pakistan dan banyak lagi. Banyak betulllll. Rasanya baik baca sendiri kalau nak tahu apa lagi yang ada. RIS-IT pun belum betul baca maklumat tersebut kesemuanya kerana terlalu banyak. Bagaimana sumber-sumber maklumat tersebut diperolehi tidak pula didedahkan namun tida pula dinafikan oleh pihak-pihak yang telah dibocorkan maklumat tersebut.
Kalau nak membacanya sila klik disini. Pencarian maklumat boleh dilakukan berdasarkan tarikh, sumber diperolehi, abjad atau klasifikasi fail.


Nota : Maklumat berdasarkan info dari akhbar bertarikh 30 November 2010.