Al Hijrah - Saluran TV terbaru

Pada 7 Disember 2010 lalu telah dilancarkan satu saluran baru untuk tontonan rakyat Malaysia yang terpilih untuk menonton saluran TV percuma. Rakyat Malaysia terpilih bermaksud hanya beberapa negeri sahaja yang dapat menonton kerana liputan siaran masih belum diperluaskan ke seluruh Malaysia. Buat masa ini hanya negeri Terengganu (Yes, aku dah tengok), Johor, Sarawak, Sabah dan Lembah Kelang sahaja ada siaran tersebut, Negeri-negeri lain tunggu ye sebab belum diperluaskan ke kawasan anda. Saluran ini juga belum ada dalam senarai pilihan pelanggan astro, jadi jangan la memandai untuk mencarinya buat masa sekarang.
Pada pandangan aku, saluran ini merupakan satu saluran yang bagus untuk tonton semua kerana rancangan-rancangan yang dihidangkan adalah rancangan bersifat keagamaan, kerohanian, kekeluargaan dan penuh dengan nilai-nilai murni. Sasaran adalah penonton dari 4 - 39 tahun sepertimana yang dimaklumkan dalam laman sesawang AlHijrah. Rasanya mungkin sama konsep dengan Astro Oasis dan sedikit konsep TV9.
Mulanya aku ingatkan saluran baru oleh RTM tapi rupa-rupanya tekaan aku meleset. TV baru ni menggunakan motto "Segalanya Bermula Disini" adalah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang dipancarkan terus dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Antara rancangan perintis adalah Nota Al Zahra, Sinar Baru, Misteri Alam Melayu, Menu Alam, Muhasabah Diri, Uteh, Pada Zaman Dahulu, Tareq Wa Shireen dan banyak lagi. Untuk makluman, TV ini telah melalui fasa percubaan bermula 1 November 2010 lalu.
Untuk mendapatkan siaran TV ini hanya halakan remote tv anda dan tekan carian gelombang sepertimana yang ditunjukkan di bawah.
Aku dah tengok. Anda bagaimana?


Tiada ulasan: