Lajukah Internet di Malaysia?

Bagi aku, internet yang aku pakai ni dah laju tapi tak tahu la bagi korang. Setakat yang aku tahu, UNIFI yang terlaju setakat ni kat Malaysia tapi aku tak dapat merasai kelajuan UNIFI sebab belum ada kat area aku ni. Harap-harap bila dah sampai kat area aku ni nanti, cajnya dah turun sebab setakat ni begitu mahal bagi aku.
Namun rerupanya bila aku tengok website Royal Pingdom kelajuan internet kat Malaysia masih rendah berbanding dengan negara lain, sekadar 1.19 Mbit/s dan di bawah purata dunia iaitu 1.8 Mbits/s. Bukan setakat rendah tetapi amat jauh ditinggalkan oleh negara lain terutamanya oleh penghulu segala hari pendahulu dari 50 negara yang dikaji. Malaysia sekadar di tempat ke 38 dan bagi negara ASEAN Malaysia di tangga ke 3 di belakang Thailand dan Vietnam. Mungkin sebelum ini kita mengganggap Amerika Syarikat yang merajai carta kelajuan internet ni tapi ternyata silap sebab Amerika Syarikat hanya berada di tangga ke 12 je. Yang merajai carta adalah negara Asia iaitu Korea Selatan malah 3 tempat teratas adalah dari negara Asia. Cayalah.



Secara perbandingan, kelajuan internet di Korea Selatan adalah 4 kali laju dari Amerika Syarikat dan 14 kali dari Malaysia. Tak dapat bayangkan begitu lajunya internet di Korea Selatan. Untuk membaca lebih lanjut bolehlah klik di sini.

2 ulasan:

MrsBeauty berkata...

Perghhh....Korea antara paling laju...Macam nak pindah korea je ni....Macam mana agaknya kelajuan internet kat korea ni yek...

Ris Ya berkata...

Itu tahun lepas. Tapi sekarang dah diambilalih oleh Hong Kong.
Rujukan : http://royal.pingdom.com/2012/11/01/hong-kong-fastest-broadband/