Online Radio | Muzik FM

Kepada peminat-peminat Muzik FM, mungkin anda dah tahu bahawa Muzik FM telah ditukarkan nama pada rabu lepas kepada nama baru iaitu Nasional FM (nama lama yang dibarukan semula sebab sebelum ni nama tersebut telah digunakan sebelum radio Nasional FM bergabung dengan Klasik FM menjadi Klasik Nasional). Saya adalah salah seorang pendengar setia radio Muzik FM tersebut semasa memandu memandangkan kandungan hiburan yang diserikan dengan info-info semasa (buka sahaja info hiburan seperti radio swasta).
Pada pandangan saya sepatutnya Muzik FM dikekalkan dan jika hendak wujudkan kembali Nasional FM, buka satu saluran terbaru. Jangan sekadar mengharapkan populariti Muzik FM kerana dengan tindakan begini membuatkan pendengar-pendengar Muzik FM (baca : radio kendalian kerajaan) sebelum ini beralih ke saluran swasta dan meninggalkan saluran kendalian kerajaan.
Namun perubahan tersebut tidaklah seratus-peratus kerana Muzik FM kini telah bertukar kepada radio online di alamat http://muzikfm.rtm.gov.my/. Tapi yang tak bestnya dah tak boleh dengar dalam kereta sebab tak boleh pasang internet dalam kereta untuk dengan Muzik FM secara online. Dan siarannya juga rasanya tak lagi 24 jam kerana beroperasi dari 10 pagi hingga 8 malam saja (kalau salah tolong betulkan).
Kalau nak dengar Muzik FM online sila klik sini ----> MUZIK FM

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tak suka bila dah di tukar. muzik fm dah jadi macam radio orang2 tua. dj yg tak best & tak ceria.celoteh dj yang bosan. ermm....

Ris Ya berkata...

Saya belum cuba dengar Radio Muzik secara online sbb waktu kerja, internet kena tapis dan Radio Muzik antara yg ditapis sbb streaming. Sekarang saya dah beralih ke radio lain.

Tanpa Nama berkata...

owhh trimas pada yg tulis ni..i btl2 xtau..patt la search 95.3 kuar Nasional radio...pusing2 carik xdpt gak siaran..ishh2 mmg xbest..i suke layn lagu jiwang dr Muzik FM..aduhh cmne ni...

by Nur Luvin

Ris Ya berkata...

kalau nak dengar radio muzik online, hanya beroperasi mulai pukul 10 pagi.

imran berkata...

ok. patut cari dah tak jumpa.. maksudnya camna ni..dia dah diberi nama baru nasional fm? then yang muzik fm online ni dj lama atau mcammana plak?

Ris Ya berkata...

DJ ada yang sama.
Boleh juga didengari di alamat
http://www.rtm.gov.my/filtering/muzik.php