Kadangkala komen yang ditulis di facebook dirasakan tak sesuai dan mahu di edit. Kebiasaannya kita padam komen tersebut dan tulis semula. Tapi sekarang komen di facebook boleh diEDIT selain dari boleh di padam. Mudahlah terutamanya jika komen yang panjang senang je nak edit yang mana perlu, tak perlu delete dan kemudian tulis semula komen yang panjang tersebut.
Semuanya tersedia diFB tanpa perlu pasang extension. Mudah sepertimana ditunjukkan di bawah.
Ada simbol pensel dihujung komen
Klik simbol tersebut dan keluar 'Edit' dan 'Padam' (berdasarkan bahasa pilihan FB anda) - Pilih 'Edit'.
Komen kini dlm bentuk boleh diedit. Dipersilakan edit. Dah edit tekan 'enter' dan komen yg diedit dipaparkan menggantikan komen asal.
Nota : Komen asal yang kita edit ini tersimpan dlm history dan boleh dibaca semula. Nak semak semula... Ini caranya.
Pilih 'Edited' untuk lihat sejarah edit.
Senarai edit akan dipaparkan.
Mudah kan... Jadi, mulakan mengedit sebab komen yang lama-lama dulu pun kini dah boleh edit. Manalah tahu kalau-kalau komen dulu dirasakan tak sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan