Menonton Siaran Olimpik Secara LIVE | Olympic on YouTube

   Sekarang hingga 12 Julai 2012 ini, dunia sukan akan dipenuhi dengan berita tentang Olimpik 2012 yang berlangsung di kota London. Bagi peminat sukan, mungkin tertunggu-tunggu siaran langsung setiap acara sukan yang dipertandingkan. Mungkin TV ada menyiarkan lintasan langsung atau ulasan bagi olimpik tersebut tapi siarannya tidaklah meluas kerana hanya acara terpilih sahaja yang disiarkan. Bagi TV mungkin acara yang melibatkan atlit Malaysia atau sukan popular seperti bolasepak yang menjadi keutamaan.
   Namun sebenarnya ada siaran rasmi di internet yang menyiarkan siaran langsung SETIAP acara sukan, yang kita perlu hanyalah memilih mana-mana sukan yang hendak ditonton. Semua acara dan tidak mengira negara mana bertanding ada disiarkan.
   Saluran yang dimaksukan adalah 'Official Olympic Channel by the IOC' yang dijana oleh laman web YouTube. Yang menariknya, saluran ini percuma dan setiap acara yang sedang berlangsung ada ditunjukkan icon acara tersebut di bahagian bawah. Ia sentiasa dikemaskini (bila acara bermula icon muncul  dan hilang bila acara tamat) jadi senanglah nak pilih acara yang hendak ditonton.
   Untuk menontonnya, sila ke laman web YouTube dengan mengklik pautan ini ---->olympic



Jika menggunakan streamyx rasanya tak de masalah menonton kerana setakat ni saya tak menghadapi masalah 'buffering' semasa menonton, Lancar je, macam menonton di TV je.
Untuk ke laman web rasmi Sukan Olimpik London klik sini. (Tapi kat laman web ni tak de siaran langsung)

Tiada ulasan: