“Anda Mungkin Juga Meminati”


Anda biasa terlihat ungkapan seperti di atas?
Ungkapan tersebut biasa dilihat apabila kita membuka laman blog. Kebiasannya 3 atau 4 pautan bagi entri terdahulu diletakkan bertujuan supaya pembaca dapat terus membuka pautan yang dipaparkan tanpa perlu melihat satu persatu entri terawal.

Ingin tahu caranya. Ia ringkas dan mudah.
Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang pembangun aplikasi tersebut. Klik disini.

Langkah 2 : Masukkan maklumat ke dalam ruangan yang ada. Setelah semua maklumat dimasukkan, klik menu “Get Widget!”.

Langkah 3 : Panduan untuk memasang aplikasi tersebut diterangkan satu persatu sehingga selesai. Pada panduan pertama ada dinyatakan bahawa “Click Install Widget”. Klik pada perkataan “Install widget” tersebut dan seterusnya ikuti panduan tersebut hingga selesai.

Langkah 4 : Setelah panduan tersebut selesai diikuti, aplikasi tersebut telah berfungsi pada laman blog anda. Lihat contoh di bawah;


Nota : Blog ini juga tidak melepaskan peluang memasang aplikasi tersebut. Lihat di akhir setiap entri untuk melihat bagaimana apliksai ini berfungsi. Namun sesetengah ‘browser’ tidak menyokong aplikasi tersebut. 


Tiada ulasan: