Unsubsribe Komen Pada Blog

Jika entri sebelum ini memberitahu cara untuk melanggan (Subscribe) setiap komen dalam sesuatu post/entri (Klik sini utk membaca), kali ini diterangkan cara untuk unsubscribe pula. Sesuai dilakukan untuk situasi seperti di bawah;
1. Komen yang anda beri telah terjawab.
2. Komen yang anda beri tak juga dijawab walaupun dah lama.
3. Komen bagi entri tersebut terlalu banyak sehinggakan penuh kotak email anda.
4. Post/entri tersebut telah lama dan tidak lagi releven dengan keadaan semasa.
5. Saja-saja je nak unsubscribe.

Jika nak unsubscribe, ikuti langkah mudah di bawah.

Langkah 1 - Buka email susulan yang dihantar kepada inbox anda. Klik pada 'Unsubsribe' di akhir email tersebut.

Langkah 2 - Klik sekali lagi 'Unsubsribe' untuk tujuan pengesahan. Jangan teragak-agak nak klik kalau situasi di atas telah dipenuhi.

Langkah 3 - Pengesahan unsubsribe akan dipaparkan pada entri tersebut.

Selepas ketiga-tiga langkah di atas dah dibuat, secara rasmi anda dah unsubscribe post/entri yang anda tak mahu tersebut. Tiada email akan memenuhi inbox anda lagi bagi post/entri tersebut. Namun untuk post/entri yang lain masih ada dan kalau nak unsubscribe yang lain-lain post/entri kena la unsubscribe satu persatu.

Statistik Blog

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengetahui statistik pengunjung laman blog kita. Tapi blog yang menggunakan platform blogger boleh menggunakan statistik yang telah sedia ada dalam blog mereka.

Caranya mudah saja.

1. 'Sign In' dahulu.

2. Pilih 'Stat'. Rasanya ringkasan untuk statistics.

3. Dipaparkan stististik blog. Terdapat 4 jenis statistik iaitu 'Overview', 'Posts', 'Traffic Sources' dan 'Audience'. Juga terdapat pilihan masa iaitu 'Now', 'Day', 'Week', 'Month' dan 'All Time'.

4. Pilihlah mana-mana bentuk statistik yang anda nak tengok. Seperti contoh blog 'RIS-IT'

a. OVERVIEW - Untuk melihat bilangan pengunjung atau lebih tepat lagi bilangan mukasurat dibuka (pageview)

b. POSTS - Bilangan entri yang paling banyak di view oleh pengunjung blog

c. TRAFFIC SOURCES - Cara pengunjung blog memasuki blog kita samada terus menaip URL blog, melalui laman blog lain atau melalui carian.

d. AUDIENCE - Bilangan pengunjung yang mengunjungi blog kita. Statistik ini dipecahkan 3 kategori iaitu Negara, Browser dan Operating System.

Mood Raya

Masih dalam mood raya dan tak ade idea lagi nak tulis.
V
V
V
Hehehe... alasan je tu, sebenarnya malas nak tulis je sbb dah kekeringan idea. Kalau ada sesapa nak kongsi idea boleh bagitahu kat sini.
Insya Allah akan kembali menulis selepas dapat mengumpulkan beberapa artikel yang simple-simple tapi mungkin boleh dipraktikan.
Tunggu je ye.

Google PageRank | Popularkah blog anda.

Banyak blog menulis tentang PageRank, jadi aku pun tak melepaskan peluang untuk menulis tentangnya walaupun dah masuk kategori 'cerita lama dah'. PageRank ni boleh dikatakan pengukur kepopularan blog berdasarkan bilangan pengunjung.
Blog RIS-IT pun mencuba untuk melihat kepopularan blog ini dan hasilnya dapat "1/10" di mana 0 terendah manakala 10 tertinggi. Kira ok gak la blog RIS-IT ni, nasib baik tak 0/10 sebab ada gak blog yang dapat 0/10 ni. Blog yang tersenarai dalam 10 terpopular di Malaysia pun sekadar dapat 4/10.

Page Rank Check

PageRank RIS-IT
Jika nak semak kepopular blog anda sila ikuti masukkan alamat blog anda dalam ruangan yang disediakan di sini dan tekan 'check PR'.


Check Page Rank of your Web site pages instantly:






This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service