Ada juga beberapa sahabat facebook saya bertanyakan cara membuat cover majalah apabila tersiar gambar saya dan sahabat saya yang terpapar dalam bentuk cover majalah dalam laman facebook. (Saya boleh dilihat di http://www.facebook.com/idris.yahaya)
Kini anda juga boleh menjadi cover majalah tanpa perlu bersusah payah untuk bertemujanji dengan pihak majalah. Walaubagaimanapun majalah yang di maksudkan adalah majalah yang sebenarnya tidak wujud. Tak kisahlah asalkan dapat jadi cover majalah. Antara cover majalah ialah ‘Model, My Baby,Sports Today, Motor Mania dan Famili Vacation’. Terdapat sebanyak 36 cover majalah untuk dipilih.
Caranya mudah sahaja:
Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang http://www.magmypic.com/
Langkah 2 : Klik menu ‘choose file’ kemudian pilih gambar yang ingin anda jadikan cover majalah. Selepas gambar dipilih, laman seperti di bawah akan ditunjukkan.
Langkah 3 : Pilih cover majalah yang diinginkan (klik pada ‘more covers’) atau jenis majalah yang di perlukan (klik pada ‘magazine’ atau ‘comic book’).
Untuk entri ini saya memilih majalah ‘Fashion Icon’.
Deraf cover majalah akan ditunjukkan dan pada masa ini anda boleh mengeditnya seperti mengubah kedudukan gambar (klik pada gambar dan tahan sambil gerakkan tetikus), membesarkan gambar (klik pada menu ‘enlarge’), mengecilkan gambar (klik pada menu ‘shrink’) atau membatalkan gambar (klik pada menu ‘reset’).
Langkah 4 : Selepas pilihan dibuat klik pada menu ‘save & continue’. Laman seperti di bawah akan dipaparkan.
Langkah 5 : Klik kanan dan pilih ‘save image as’ dan simpan fail anda. Gambar majalah anda telah pun siap. Anda boleh juga boleh juga menggunakan menu ‘save your mag cover’ yang berada di bawah gambar tersebut tapi anda akan diminta untuk mendaftarkan nama anda.
Entri cover majalah yang lain pula akan menyusul. Tungguuuuu….
Anda juga di persilakan melawat blog famili saya di RIS-FAMILI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan