Jika pada entri sebelum ini, saya menunjukkan cara untuk menjejak lokasi menggunakan GOOGLE MAP (Klik disini untuk melihat entri sebelum ini). Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk mendapatkan jarak dari satu lokasi ke satu lokasi berikutnya.
Kemudahan ini boleh digunakan untuk kita menganggar masa yang kita akan kita lalui untuk sesuatu perjalanan. Ia juga boleh digunakan untuk kita mendapatkan semula jarak jika kita terlupa menulis selepas sesuatu perjalanan terutamanya untuk tujuan tututan perjalanan/ perbatuan. Selain itu kita juga boleh memilih laluan alternatif yang akan kita lalui.
Kemudian klikkan tanda sepertimana yang ditunjukkan di bawah (kadangkala kolum ini telah sedia terbuka)
Sebelum di klik
Selepas diklik
Tips : Anda akan dapati setiap kali anda buka ‘google map’, peta yang serupa akan ditunjukkan. Untuk menetapkan sesuatu ‘lokasi tetap pilihan anda’ setiap kali anda buka ‘google map’ anda boleh tetapkan dengan cara mengklik pada menu ‘change default location’ dan tetapkan lokasi (contoh : Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Terengganu) yang anda mahukan. Selepas di setkan, anda akan dapati lokasi yang anda tetapkan akan dipaparkan setiap kali anda membuka ‘google map’.
Untuk mendapatkan jarak antara sesuatu lokasi ke lokasi yang berikutnya pilih menu ‘Get Direction’ seperti yang ditunjukkan di bawah.
Masukkan lokasi mula dan akhir yang ingin anda cari. Lokasi asal di ‘ruangan A’ dan lokasi nak pergi di ‘ruangan B’(Sebagai contoh : Jarak dari KLCC ke Low Yat Plaza).
Kemudian klikkan ‘Get Direction’, dan “laluan, jarak anda anggaran masa” akan ditunjukkan sebagai panduan.
Laluan ditunjukkan dengan garisan ungu
Anggaran jarak dan masa ditunjukkan sebagai panduan sahaja
Bagaimanapun jika laluan yang ditunjukkan tidak disukai, anda bolehlah menukar laluan tersebut dengan cara menarik garisan ungu tersebut ke arah laluan yang anda sukai.
Laluan yang diberikan oleh google map
Laluan pilihan anda
****************** SELAMAT MENCUBA *******************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan