Facebook Page Timeline

Bermula 31 Mac 2012 lalu, semua Facebook Page telah bertukar format dari bentuk biasa ke bentuk timeline. Facebook Page RIS-IT pun tak terkecuali. Timeline ini berfungsi dengan menyusun setiap perkara mengikut tarikh perkara tersebut berlaku dari mula Facebook ini diwujudkan hingga lah ke update terkini.
Facebook Page asal tanpa timeline
Seperti biasa, benda yang baru memang tidak disukai oleh sesetengah orang termasuklah saya. Kalau boleh nak je tukar semula ke format lama tapi apakan daya. Tak ada cara yang boleh menukarkannya kembali ke format asal secara total. Yang ada hanyalah dengan menggunakan browser extension / plugin tapi hanya berkesan kepada komputer yang dipasang extension / plugin tersebut sahaja. Kalau buka guna komputer yang tiada extension / plugin tersebut, timeline ini kembali menonjolkan diri. Juga ada juga cara dengan cara menginstall software ke dalam komputer tapi seperti extension / plugin, ia berfungsi pada komputer itu sahaja. Entri akan datang akan saya terangkan cara mendapatkan extension / plugin tersebut dan software seperti yang dinyatakan.
Facebook Page dengan timeline

Tiada ulasan: