Delete Komen Di Blog

Kadang kala kita tersilap komen di blog sebagai contoh di bawah;
1. Tersalah komen di entri yang tak sepatutnya.
2. Komen yang telah dihantar dirasakan mungkin akan menyentuh sensitiviti pemilik blog atau orang lain.
3. Komen yang ditulis dirasakan tak menarik dan ingin mengedit komen yang telah dihantar.
4. Lain-lain alasan selain no 1-3 di atas.

Sebenarnya komen yang berlaku seperti di atas boleh dibuang dengan mudah sekali (utk platform blogger sahaja).

Selepas kita hantar komen tersebut, terdapat simbol 'tong sampah' disebelah tarikh dan masa komen tersebut.
Jadi gunakan kemudahan 'tong sampah' ini untuk membuang komen tersebut. Selepas itu barulah diedit semula, ditulis baru atau biarkan tiada komen. Namun paparan komen tersebut hanya untuk komen yang terus dipaparkan. Bagi komen yang perlu kelulusan pemilik blog, kenalah tunggu pemilik blog tersebut luluskan dulu.

Tiada ulasan: