PunchTab | Ganjaran Untuk Pembaca Blog

PunchTab - Satu kaedah untuk menghargai pengunjung blog ataupun ingin mengikat pembaca supaya selalu mengunjungi blog anda. Caranya dengan memasang plugin 'PunchTab". Tapi untuk memasang plugin ini, anda perlulah mendaftar dahulu. Selepas itu dapatkan kod html yang diberikan dan letakkan pada blog anda.
Namun blog RIS-IT ini belum lagi bersedia memasang plugin ini namun saya kerap mengunjungi blog-blog yang ada memasang plugin ini. Antaranya dua blog ternama iaitu 'Amanz' dan 'Denaihati'. Kalau anda ingin saya kerap mengunjungi blog anda, bolehla pasang plugin ini dan letakkan link blog anda di bawah entri ini.
Untuk mendaftar pergi sahaja ke laman web 'PunchTab' (klik sini) dan masukkan maklumat untuk pendaftaran. Selepas itu dapatkan kod html dan letakkan pada blog anda. Plugin tersebut akan terpapar pada sebelah bawah kiri seperti ditunjukkan di bawah.
Setiap kali pengunjung mengunjungi blog anda, mereka akan mendapat mata bagi aktiviti yang dijalankan. Sesetengah blog yang saya kunjungi juga menawarkan hadiah bagi setiap mata yang terkumpul mengikut keperluan yang ditetapkan. Bagi pemilik blog inilah peluang untuk mendapatkan statistik pengunjung yang setia, meningkatkan bilangan pengunjung dan mengetahui siapa yang kerap berkunjung (sebelum ini hanya tahu bilangan sahaja). Dan bagi pengunjung inilah peluang untuk mendapatkan mata ganjaran. Situasi menang-menang telah wujud dengan kaedah ini.
Jika pembaca rajin melawat dan melalui aktiviti yang ditetapkan maka banyaklah mata yang dapat dan mungkin boleh menuntut hadiah yang ditawarkan. Sebagai contoh di bawah yang diambil dari blog 'amanz'.
Plugin ini berfungsi untuk memberikan mata bagi setiap aktiviti yang dijalankan di blog anda. Setiap aktiviti diberi mata sebanyak 100. Antara aktiviti yang boleh ditetapkan untuk diberi mata ialah 'lawat blog', 'komen', 'fb like', 'Google +1' dan 'tweet'.

Tiada ulasan: