Blog - Gajet Luaran


Opps.... Hampir-hampir terlupa. Khas untuk new blogger yang baru saja mempunyai blog terutamanya yang mengikuti panduan yang ditunjukkan melalui RIS-IT. (Tak sangka ramai juga yang mengikuti panduan yang diberikan)
Bagi menghiasi blog anda dengan Gajet Luaran iaitu gajet selain yang disediakan oleh blogspot terdapat dua cara mudah untuk anda ikuti iaitu dengan cara mencari sendiri menggunakan enjin carian atau mengikuti jalan pintas. Saya akan tunjukkan cara menggunakan cara kedua iaitu jalan pintas.
Tapi pastikan gajet luaran yang untuk menghiasi blog anda tidak terlalu banyak dan gajet tersebut haruslah berkaitan atau mempunyai fungsi yang berfaedah. Jika terlalu banyak gajet boleh menyebabkan blog anda lambat untuk dibuka.
Cara pintas yang dimaksudkan adalah dengan melihat gajet tersebut di blog-blog lain dan jika berminat anda boleh juga memasang gajet tersebut. Namun langkah ini hanya jika pemilik blog tersebut tidak mengubah kod HTML gajet tersebut. Mudah saja caranya.

Berikut adalah cara-caranya.
Langkah 1 : Buka blog yang ada gajet yang anda perlukan. Contoh adalah seperti blog RIS-FAMILI iaitu untuk meletakkan pengira bilangan pengunjung blog.

Langkah 2 : Klikkan tetikus anda pada gajet tersebut dan tetingkap baru akan dibuka untuk mendapatkan kod HTML tersebut. Di sini anda boleh memilih lain-lain bentuk pembilang yang anda sukai. (Jika perlu mendaftar dahulu, anda perlu mendaftar dulu).


Langkah 3 : Ikuti langkah-langkah pada laman sesawang tersebut sehingga selesai iaitu sehingga anda mendapat kod HTML.

Langkah 4 : Setelah mendapat kod HTML tersebut, masukkan kod tersebut ke dalam blog anda mengikut langkah-langkah sepertimana yang telah ditunjukkan dalam entri sebelum ini iaitu Blog - Gajet Asas Yang Sesuai Diletakkan (Klik Sini)

Selamat mencuba untuk gajet-gajet yang lain pula.


Nota : Untuk memasang gajet yang lain, langkah yang hampir sama seperti di atas boleh diikuti.


RIS-FAMILI

Pusat Sehenti - Memantapkan Blog Anda

Setelah selesai mengikut langkah-langkah untuk mewujudkan SIMPLE BLOG, entri kali ini pula adalah seumpama entri ulangkaji dan lanjutan untuk memantapkan lagi blog anda. Berikut adalah antara link yang sesuai untuk anda baca untuk tujuan tersebut. Chewaaahhh.... Macam pusat sehenti untuk blog anda pulak.




Panduan-panduan yang ditunjukkan di bawah adalah panduan-panduan yang telah di ikuti oleh blog ini namun sesetengahnya ada yang telah dinyah aktif atas sebab-sebab tertentu.

1. Untuk Membina Simple Blog (Klik Sini)
2. Menulis Entri Pertama (Klik Sini)
3. Meletakkan Gajet asas (Klik Sini)
4. Menukar Latarbelakang Blog (Klik Sini)
5. Memaparkan Entri Berkaitan (Klik Sini)
6. Menjadualkan Paparan Entri (Klik Sini)
7. Papar Gambar Anda Bila Komen Blog Lain (Klik Sini)
8. Ubah Komen Kepada Comment Luv (Klik Sini)
9. Tambah Butang Facebook Share (Klik Sini)
10. Tambah Butang Facebook Like (Klik Sini)
11. Tip Untuk Tulis 'About Me' (Klik Sini)
12. Membuat 'Feed Burner' (Klik Sini)
13. Memasang 'Floating Button' (Klik Sini)
14. Langgan Blog Anda (Klik Sini)
15. Tak Mahu Letak Tajuk Pada Gajet (Klik Sini)

Blog di bawah ni adalah blog khas bagi panduan blogger untuk memantapkan blog di mana antara pilihan yang seringkali aku ikuti. Semua entri dalam blog ini adalah berkenaan blog aje.

1. Msueroomz (Klik Sini)
2. Tutorial Untuk Blog (Klik Sini)
3. Mari Bina Blog (Klik Sini)
4. Blogger Tricks (Klik Sini)

Ada antara panduan tersebut akan di'link' ke blog lain. Kredit kepada blog sembangkomputer, ariffshah, jomtutorial, cybernetics88, nazrien, jomphp, diadiriku, bloggertipsandtricks, msueroomz, tutorialuntukblog, maribinablog dan bloggertricks. Banyak lagi panduan kalau rajin search dlm internet. Hendak seribu daya. ^_^

PENTING : Sila backup dulu template blog anda sebelum mengikuti panduan di atas. Caranya Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Download Full Template. Jika anda mengikuti panduan di atas mengikut langkah-demi langkah yang diberikan, Insya Allah akan berfungsi dengan baik namun semuanya atas tanggugjawab sendiri.


RIS-FAMILI

Blog - Menukar Latarbelakang Blog

Blog RIS-IT asal (atas) dan RIS-IT sebelum ini (bawah)

Jika anda ingin menukarkan latarbelakang blog anda, terdapat cara susah, kompleks, panjang, ringkas dan mudah boleh anda pilih. Namun saya hanya akan menunjukkan cara ringkas dan mudah untuk menukar latarbelakang blog anda (Cara susah, kompleks dan panjang - Anda cari sendiri). Jika anda ikuti langkah ini, Insya Allah latarbelakang blog anda akan bertukar ke corak yang anda inginkan dan bertambah menariklah penampilan blog anda.

Langkah 1 : "Sign in" ke blog anda dengan memasukkan 'username' dan 'password' yang anda tetapkan semasa mendaftar blog.
 
Langkah 2 : Klik pada "design" dan seterusnya klik pada mana-mana menu "Add a Gadget".

Langkah 3 : Cari gadget "HTML/Javascript" dan klik pada simbol "+".

Langkah 4 : Masukkan kod HTML* yang anda dapat ke dalam ruang 'content' dan tekan 'save'.

Langkah 5 : Klikkan 'preview' jika ingin melihat bentuk latarbelakang yang anda pilih. Jika berpuas hati tekan menu 'save'.

Langkah 6 : Klik menu 'View Blog' untuk memaparkan blog anda dengan latarbelakang baru.

Nota  : * Bagi Langkah 4 iaitu memasukkan kod HTML, sila cari kod tersebut di laman sesawang yang menyediakan kod tersebut dengan mencari menggunakan 'google/yahoo search' dan taipkan 'blog background' atau perkataan seumpamanya. Sekadar contoh, blog ini menggunakan kod HTML dari 'cutest blog on the blog' dan 'scrap my blog'.




RIS-FAMILI

Blog - Gajet Asas Yang Sesuai Diletakkan

Bagi menambah seri pada blog anda, beberapa gajet yang ringkas perlulah diletakkan. Namun janganlah diletakkan terlalu banyak hingga menjadikan blog anda sarat dengan gajet. Nanti gajet anda yang lebih menonjol berbanding dengan apa yang anda tuliskan. Gajet yang banyak juga kadangkala menyebabkan blog anda lambat untuk dipaparkan selain kelihatan seakan-akan tidak terurus. Blog yang simple dengan gajet yang minima adalah paling sesuai.
Bagi yang menggunakan platform blogger, gajet yang minima kebiasaan sudah sedia ada disediakan oleh blog anda. Cuma perlu cari dan pasang.



Antara gajet sebaik-baiknya ada (tapi tak semestinya dipasang) ialah;

1. Search Box - Terutama bagi blog yang telah banyak entri. Memudahkan pembaca mencari entri blog anda berdasarkan katakunci.
2. Labels - Mengelaskan entri yang dimasukkan berdasarkan label yang anda tentukan sendiri supaya senang dicari apabila hendak menyemak semula entri berdasarkan label.
3. Profile - Perlu jika ingin memasukkan pengenalan diri atau pengenalan blog bagi memberi penerangan lebih lanjut mengenai diri atau blog. Tapi biarlah ringkas dan padat.
4. Page Header - Letakkan gambar dan tajuk yang bersesuaian memandangkan inilah bahagian yang terlebih dahulu dilihat oleh pembaca.
5. Blog Archive - Menyimpan senarai blog berdasarkan bulanan, mingguan atau harian berdasarkan pilihan anda. Juga anda boleh memantau bilangan blog yang telah anda tulis.
6. Blog List - Menyenaraikan lain-lain blog yang digemari atau blog pilihan anda bagi memudahkan anda membukanya bila diperlukan. Boleh dibuka banyak berdasarkan pengkelasan blog yang anda inginkan.
7. Followers - Jika anda ingin ada pengikut setia blog, pilihan ini perlu dipasang bagi mengetahui bilangan semasa pengikut anda. Namun ini tidak menggambarkan bilangan sebenar pengikut anda kerana setiap pembaca tidak semestinya berdaftar sebagai followers.

Semua senarai tersebut ada di dalam senarai "Add A Gadget" dalam kategori "Design" dan cara untuk mencari "Add A Gadget" adalah seperti berikut;

Langkah 1 : Sign In dan pergi ke menu "Design" dan pilih submenu "Page Element"